Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2015Read it in English
Contents

Bahagian VII · Penyiasatan dan Penguatkuasaan

63. Kehendak supaya menyediakan terjemahan

(1)

Jika seseorang pegawai penyiasat menjumpai, menyita, menahan atau mengambil milik, sesuatu dokumen yang, keseluruhan atau sebahagiannya, adalah dalam suatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, atau dalam apa-apa isyarat atau kod, maka pegawai penyiasat itu boleh, secara lisan atau bertulis, menghendaki orang yang mempunyai milikan, jagaan atau kawalan ke atas dokumen itu, supaya memberikan kepada pegawai penyiasat itu suatu terjemahan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris dalam apa-apa tempoh yang ditentukannya.

(2)

Jika orang yang dikehendaki untuk memberikan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) bukannya orang yang disiasat,

Bank boleh membayar kepadanya suatu fi yang munasabah bagi terjemahan itu.

Perniagaan Perkhidmatan Wang 69

(3)

Tiada seorang pun boleh dengan pengetahuannya memberikan suatu terjemahan di bawah subseksyen (1) yang bukannya suatu terjemahan yang tepat, jujur dan benar, atau yang diketahuinya membuat suatu terjemahan di bawah subseksyen itu yang tidak tepat, jujur dan benar.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian VIII

Kuasa-Kuasa Lain Bank

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules