Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2015Read it in English
Contents

Bahagian VII · Penyiasatan dan Penguatkuasaan

66. Penyerahan dokumen perjalanan

(1)

Walau apa jua pun yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis, seseorang pegawai penyiasat boleh, melalui notis bertulis, menghendaki mana-mana orang yang tertakluk kepada suatu penyiasatan di bawah Bahagian ini, untuk menyerahkan dokumen perjalanannya termasuklah pasport atau permit keluar yang dalam milikannya, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.

Perniagaan Perkhidmatan Wang 75

(2)

Suatu notis di bawah subseksyen

(1)

hendaklah diserahsampaikan dalam cara yang diperuntukkan dalam seksyen 64.

(3)

Seseorang yang suatu notis di bawah subseksyen (1)

diserahsampaikan kepadanya hendaklah mematuhi notis itu, jika enggan dia boleh ditangkap dan dibawa ke hadapan seorang majistret.

(4)

Jika seseorang itu dibawa ke hadapan seorang majistret, melainkan jika orang itu mematuhi notis di bawah subseksyen (1)

atau memuaskan hati majistret bahawa dia tidak mempunyai dokumen perjalanan, majistret hendaklah dengan waran menahan orang itu dalam penjara—

(a)

sehingga habis tempoh empat belas hari dari tarikh hukumannya itu; atau

(b)

sehingga dia mematuhi notis di bawah subseksyen (1), yang mana lebih awal.

(5)

Bagi maksud subseksyen (4), suatu sijil yang ditandatangani oleh Pendakwa Raya yang memberitahu bahawa orang itu telah mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi kebenaran yang mencukupi bagi Pesuruhjaya Penjara untuk melepaskan orang itu.

(6)

Seseorang pegawai penyiasat boleh, dengan kelulusan bertulis daripada Bank, melalui notis bertulis yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai imigresen, menghendaki bahawa mana-mana orang yang tertakluk kepada suatu penyiasatan yang berhubungan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini dihalang daripada meninggalkan

Malaysia.

(7)

Pegawai imigresen itu, apabila dimaklumkan oleh suatu notis bertulis yang dibuat di bawah subseksyen (6), boleh menghendaki orang yang tertakluk kepada suatu penyiasatan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, menyerahkan pasport, permit keluar atau mana-mana dokumen perjalanannya yang lain dalam milikannya kepada seseorang pegawai imigresen.

76 Undang-Undang Malaysia AKTA 731

(8)

Tertakluk kepada mana-mana perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis, berhubung dengan pembuangan negeri dan imigresen, “pegawai imigresen”

ertinya seseorang yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155].

(9)

Walau apa pun subseksyen (3), mana-mana orang yang tidak mematuhi notis bertulis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.

Bantuan kepada pegawai polis atau pihak berkuasa awam, dsb.

Report

Bahagian VIII

Kuasa-Kuasa Lain Bank

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules