Money Services Business Act 2011 · Updated to 1 Oct 2015 · Bahagian VIII · Kuasa-Kuasa Lain Bank
Money Services Business Act 2011 · Updated to 1 Oct 2015 · Bahagian VIII · Kuasa-Kuasa Lain Bank
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Bank boleh pada amnya berkenaan dengan Akta ini, atau berkenaan dengan mana-mana peruntukan tertentu Akta ini, atau pada amnya berkenaan dengan penjalanan kesemua atau mana-mana pemegang lesen itu, mengeluarkan apa-apa garis panduan, pekeliling, piawaian atau notis sebagaimana yang difikirkan wajar oleh Bank.
84 Undang-Undang Malaysia AKTA 731
Bank boleh membatalkan atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada mana-mana garis panduan, pekeliling, piawaian atau notis yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.
Seseorang yang baginya garis panduan, pekeliling, piawaian atau notis yang disebut dalam subseksyen (1) terpakai hendaklah mematuhi garis panduan, pekeliling, piawaian atau notis itu dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Jika seseorang yang disebut dalam subseksyen (3) melanggar atau tidak mematuhi apa-apa garis panduan, pekeliling, piawaian atau notis yang dikeluarkan oleh Bank, Bank boleh mengambil apa-apa tindakan sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 73(1) atau 75(2) sebagaimana yang difikirkan patut oleh Bank.
Bahagian IX
Bahagian X