Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2015Read it in English
Contents

Bahagian VIII · Kuasa-Kuasa Lain Bank

78. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1)

Bank boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat apa-apa peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan sepenuhnya peruntukan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—

(a)

untuk mengadakan peruntukan bagi tindakan pentadbiran menurut seksyen 75 dan bagi tindakan sivil menurut seksyen 76;

(b)

untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan yang boleh dikompaun;

(c)

untuk memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan; dan

Perniagaan Perkhidmatan Wang 91

(d)

untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti bagi kesalahan yang diperuntukkan dalam peraturan-peraturan itu dengan denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian IX

Pelbagai

Bahagian X

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules