Skip to content
ActIn force

Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1975
Sections
5
Languages
MS · EN

Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 is Malaysia Act, cited as Act 162 1975, currently marked in force and first recorded in 1975.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

CETAKAN SEMULA

Akta 162

AKTA PERSATUAN PALANG

MERAH MALAYSIA

Mengandungi segala pindaan hingga 1 Januari 2006 2006

2

Undang-Undang Malaysia

AKTA PERSATUAN PALANG MERAH

MALAYSIA (PERTUKARAN NAMA) 1975

Tarikh Perkenan Diraja

…

…

…

…

21 Ogos 1975

Tarikh penyiaran dalam Warta

…

…

…

4 September 1975

CETAKAN SEMULA YANG TERDAHULU

Cetakan Semula Yang Pertama … … … … 1998

Cetakan Semula Yang Kedua

… … … … 2001

Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama)

3

Akta 162

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi menukar nama dan lambang Persatuan Palang Merah Malaysia. [5 September 1975] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persatuan Palang Merah

Malaysia (Pertukaran Nama) 1975.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta Pemerbadanan” ertinya Akta Persatuan Palang Merah

Malaysia (Pemerbadanan) 1965 [Akta 47 tahun 1965];

“Perbadanan” ertinya Persatuan Palang Merah Malaysia yang ditubuhkan sebagai suatu pertubuhan perbadanan menurut seksyen 3 Akta Pemerbadanan.

Pertukaran nama

(1)

Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, Perbadanan hendaklah dikenali sebagai “Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia” atau, dalam bahasa Inggerisnya, “the Malaysian Red Crescent Society”;

dan semua sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai Perbadanan hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

6

Undang-Undang Malaysia

(2)

Pertukaran nama yang diperuntukkan oleh subseksyen (1)

tidaklah menyentuh apa-apa hak atau obligasi Perbadanan atau menjadikan cacat apa-apa prosiding undang-undang yang dibawa oleh atau terhadapnya; dan apa-apa prosiding undang-undang yang mungkin diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadapnya sebelum

Akta ini mula berkuat kuasa boleh diteruskan atau dimulakan di bawah nama barunya.

Penggunaan lambang dan perkataan

(1)

Tanpa menjejaskan hak orang lain, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, hak untuk menggunakan lambang bulan sabit merah yang berlatar belakang warna putih, sebagaimana yang digambarkan dalam Jadual, dan perkataan “Bulan Sabit Merah” atau, dalam bahasa Inggerisnya, “Red Crescent”, hendaklah terletak hak pada

Perbadanan, dan Perbadanan hendaklah menggunakan lambang itu.

(2)

Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, seksyen 10 Akta

Pemerbadanan hendaklah terhenti berkuat kuasa, dan hak yang terletak hak pada Perbadanan oleh seksyen itu untuk menggunakan lambang palang merah yang berlatar belakang warna putih dan perkataan “Red Cross” dan “Geneva Cross” hendaklah terhenti terletak hak pada Perbadanan, dan Perbadanan hendaklah terhenti menggunakan lambang dan perkataan itu.

Larangan penggunaan lambang tanpa kebenaran

(1)

Tidak sah di sisi undang-undang bagi mana-mana orang, selain daripada Perbadanan dan kakitangannya, pegawai dan ahlinya, untuk menggunakan bagi maksud perdagangan atau perniagaannya, atau bagi apa-apa jua maksud lain, dalam

Persekutuan tanpa kebenaran Menteri, lambang bulan sabit merah yang berlatar belakang warna putih, sebagaimana yang digambarkan dalam Jadual, dan perkataan “Bulan Sabit Merah” atau, dalam bahasa Inggerisnya, “Red Crescent”.

(2)

Jika mana-mana orang melanggar subseksyen (1), dia melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit; dan apa-apa barang yang padanya atau berkaitan dengannya lambang atau perkataan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah digunakan boleh dilucuthakkan.

Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama)

(3)

Jika sesuatu kesalahan yang dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau pertubuhan dibuktikan telah dilakukan dengan persetujuan atau dibiarkan oleh mana-mana pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain pertubuhan perbadanan atau pertubuhan itu, maka pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain itu dan juga pertubuhan perbadanan atau pertubuhan itu hendaklah disifatkan melakukan kesalahan itu dan boleh didakwa dan dihukum dengan sewajarnya.

JADUAL

Lambang

8

Undang-Undang Malaysia

Akta 162

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia 29-8-1975

(Ringgit) 1975

Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama)

9

Akta 162

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 5

Akta 160 29-08-1975

Common questions

What is Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975?
Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 is Malaysia Act, cited as Act 162 1975, currently marked in force and first recorded in 1975.
Is Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 still in force?
Yes — Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 is currently in force.
When did Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 take effect?
Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 was first recorded in 1975.
How many sections does Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 have?
Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 contains 5 sections.
Where can I read the official version of Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975?
The official text of Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.