Skip to content

Seksyen 31

Seksyen 34 Akta ibu dipinda—

of Akta Perubatan (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 32 of 43
Seksyen 31

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Perubatan Tradisional dan Komplementari”;

dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Tertakluk kepada subseksyen (2) dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, tiada apa-apa dalam Akta ini boleh disifatkan sebagai menyentuh hak mana-mana orang di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia atau mana-mana bahagiannya, yang bukan seseorang yang memakai atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang dimaksudkan untuk mendorong mana-mana orang untuk mempercayai bahawa dia berkelulusan untuk menjalankan amalan perubatan atau pembedahan mengikut kaedah-kaedah sains yang moden, untuk mengamalkan perubatan tradisional atau komplementeri.”.

40

Undang-Undang Malaysia

Akta A1443