Skip to content

Seksyen 21

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24

of Akta Perubatan (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 22 of 43
Seksyen 21

seksyen yang berikut:

“Memasukkan semula nama ke dalam Daftar 24a.  (1)  Jika nama seseorang pengamal perubatan telah disingkirkan daripada Daftar menurut seksyen 24, dia boleh memohon kepada Majlis supaya namanya dimasukkan semula ke dalam Daftar.

(2)

Majlis boleh, menurut budi bicaranya, atas permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1), memerintahkan supaya nama pemohon itu dimasukkan semula ke dalam Daftar atau menolak kemasukan semula nama itu dengan memberikan alasan baginya.

(3)

Mana-mana orang yang telah terhenti daripada didaftarkan di bawah Akta ini di bawah perenggan 24(2)(b) tidak boleh dimasukkan semula namanya melainkan jika dia telah diakui layak oleh Jawatankuasa Kelayakan Mengamal.

(4)

Majlis boleh mengenakan apa-apa syarat dan sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut untuk kemasukan semula nama itu.

(5)

Mana-mana orang yang permohonannya ditolak di bawah subseksyen (2) boleh merayu kepada Menteri dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu.

(6)

Keputusan Menteri adalah muktamad.”.

Pindaan seksyen 26