Skip to content

Seksyen 34

Subseksyen 34c(1) Akta ibu dipinda—

of Akta Perubatan (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 35 of 43
Seksyen 34

(a)

dalam subseksyen (1)—

(i)

dengan memotong perkataan “penuh”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “hospital, klinik atau pusat kesihatan atau di dalam mana-mana institusi seumpama yang lain” dengan perkataan “kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan”;

41

Perubatan (Pindaan)

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Ketua Pengarah Kesihatan boleh mewakilkan kuasanya di bawah subseksyen (1) kepada mana-mana Pengarah Kesihatan Negeri atau pegawai yang setaraf.”; dan

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Seseorang pengamal perubatan yang diberi kuasa di bawah subseksyen (1) atau (1a) untuk melaksanakan apa-apa fungsi yang disebut dalam perenggan (1)(a)

dan (b) hendaklah disifatkan sebagai seorang Pegawai

Perubatan Kerajaan bagi maksud Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593] dan mana-mana undang-undang berkaitan yang lain di Malaysia.”.

Pindaan seksyen 35