Seksyen 19
Daftar
of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)
Pendaftar hendaklah menyenggara apa-apa daftar sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta ini dalam kedua-dua bentuk fizikal dan elektronik.
(2)
Mana-mana orang boleh, apabila membayar fi yang ditetapkan, memeriksa dan membuat salinan atau cabutan butiran dari mana-mana daftar.
(3)
Jika seseorang meminta supaya suatu salinan diberikan melalui media elektronik, Pendaftar boleh memberi maklumat yang berkaitan selepas pembayaran fi yang ditetapkan—
(a)
melalui alat pemprosesan data; atau
(b)
melalui penghantaran elektronik.
(4)
Daftar yang disenggara di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai suatu dokumen awam dalam pengertian Akta
Keterangan 1950 [Akta 56].