Skip to content

Seksyen 31

of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)

ActPendingProvision 31 of 63

Seksyen 31

(1)

Sebagai tambahan kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan

Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], semua pengamal berdaftar hendaklah, menurut peraturan-peraturan yang ditetapkan, melaporkan kepada Pendaftar tentang apa-apa kejadian wabak atau penularan penyakit setempat lain, atau penyakit berjangkit atau apa-apa penyakit lain, masalah kesihatan awam atau apa-apa kesan buruk yang dialami oleh pesakit disebabkan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari.

(2)

Jika seseorang pengamal berdaftar melanggar subseksyen (1),

Majlis boleh—

(a)

mengenakan perintah berhenti menurut seksyen 51;

atau

(b)

membatalkan pendaftaran pengamal itu.