Seksyen 34
Pengamal berdaftar boleh diperbadan
of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)
ActPendingProvision 34 of 63
Seksyen 34
(1)
Pengamal berdaftar boleh memperbadan amalannya menjadi syarikat liabiliti terhad, mengamal sebagai syarikat atau menjadi ahli perkongsian, bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan tradisional dan komplementari.
(2)
Pengamal yang memperbadan amalannya menjadi syarikat liabiliti terhad, mengamal sebagai syarikat atau menjadi ahli suatu perkongsian menurut subseksyen (1) hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan, memberitahu Pendaftar mengenai status amalannya di sisi undang-undang.
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 775