Skip to content

Seksyen 38

Rayuan terhadap perintah Majlis

of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)

ActPendingProvision 38 of 63
Seksyen 38
(1)

Mana-mana pengamal berdaftar yang terkilan dengan mana-mana perintah yang dibuat berkenaan dengannya oleh

Majlis pada menjalankan bidang kuasa tatatertib Majlis, boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Tinggi boleh selepas itu mengesahkan, mengakas atau mengubah perintah yang dirayui itu atau boleh memberi apa-apa arahan dalam perkara itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah Tinggi;

kos rayuan itu hendaklah mengikut budi bicara Mahkamah

Tinggi.

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (3), amalan berhubung dengan apa-apa rayuan sedemikian hendaklah tertakluk kepada kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai bagi Mahkamah Tinggi.

(3)

Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk mendengar apa-apa rayuan terhadap perintah yang dibuat di bawah seksyen 37

melainkan jika notis rayuan itu diberikan dalam tempoh satu bulan dari penyampaian perintah itu mengikut cara yang ditetapkan.

Undang-Undang Malaysia 32

Akta 775