Seksyen 39
Kemasukan semula nama dalam daftar
of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)
Tiada seorang pun pengamal berdaftar yang namanya telah dipotong daripada daftar di bawah peruntukan perenggan 37(1)(e)
selepas itu berhak didaftarkan sebagai seorang pengamal di bawah
Akta ini, tetapi Majlis boleh, jika difikirkan patut oleh Majlis dalam hal apa-apa untuk berbuat demikian, atas permohonan orang yang berkenaan, memerintahkan supaya nama orang itu dimasukkan semula ke dalam daftar.
(2)
Mana-mana pengamal berdaftar yang namanya telah digantung daripada daftar di bawah perenggan 37(1)(c) apabila tamat tempoh penggantungan itu, tetapi tidak lebih awal, berhak untuk memohon perakuan pengamalan (jika tempoh yang baginya perakuan itu dikeluarkan masih belum tamat) dikembalikan kepadanya.
(3)
Permohonan di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah dibuat mengikut apa-apa cara atau menggunakan borang dan disertakan dengan apa-apa dokumen, butir-butir dan fi yang ditetapkan.