Skip to content

Seksyen 43

Fungsi badan pengamal ditetapkan

of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)

ActPendingProvision 43 of 63
Seksyen 43
(1)

Majlis boleh mewakilkan mana-mana fungsinya kepada badan pengamal ditetapkan.

(2)

Majlis boleh mengatasi apa-apa keputusan badan pengamal ditetapkan yang berhubungan dengan penjalanan fungsi yang diwakilkan.

Undang-Undang Malaysia 36

Akta 775

(3)

Majlis boleh meminta apa-apa maklumat yang berkaitan daripada badan pengamal ditetapkan dan maklumat itu hendaklah diberikan dalam masa yang dinyatakan dalam permintaan itu.

(4)

Apa-apa tindakan yang diambil atau dibuat oleh badan pengamal ditetapkan menurut mana-mana perintah atau arahan

Majlis dalam melaksanakan fungsi yang diwakilinya tidak boleh terbatal disebabkan apa-apa ketidakselarasan dengan apa-apa keputusan Majlis yang dibuat terdahulu.

(5)

Majlis boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan perintah dan arahan kepada badan pengamal ditetapkan berkenaan dengan pelaksanaan fungsi yang diwakilkan oleh Majlis.