Skip to content

Seksyen 46

Kesan pembatalan penetapan

of Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Belum Berkuat Kuasa)

ActPendingProvision 46 of 63
Seksyen 46
(1)

Jika Menteri membatalkan penetapan sesuatu badan pengamal mengikut subseksyen 42(2), badan pengamal itu hendaklah—

(a)

menghantar segala rekod dan daftarnya kepada Majlis;

(b)

dengan segera berhenti menjalankan dan melaksanakan segala fungsi pengawalseliaan dan pengawasan;

Undang-Undang Malaysia 38

Akta 775

(c)

memberitahu semua pihak, termasuk organisasi antarabangsa bahawa badan pengamal yang berkenaan terhenti menjadi badan pengawalseliaan bidang amalan yang berkenaan;

dan

(d)

mematuhi apa-apa terma yang ditentukan oleh Menteri.

(2)

Jika badan pengamal yang penetapannya dibatalkan tidak mematuhi kehendak yang ditentukan di bawah subseksyen (1), badan pengamal itu—

(a)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi seratus ribu ringgit atau pemegang jawatan utamanya dipenjarakan untuk suatu tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan

(b)

boleh dirampas rekod dan daftarnya oleh pegawai diberi kuasa, dan Pendaftar boleh memaklumkan semua pihak termasuk organisasi antarabangsa bahawa badan pengamal yang berkenaan terhenti menjadi badan pengawalseliaan bidang amalan yang berkenaan.