Skip to content

Seksyen 29

Perkiraan dengan Entiti Kerajaan

of Akta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2008

ActIn forceProvision 29 of 52
Seksyen 29
(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), Pihak Berkuasa boleh membuat perjanjian atau perkiraan dengan mana-mana Entiti

Kerajaan berkenaan dengan—

(a)

penjalanan oleh Pihak Berkuasa dan Entiti Kerajaan itu akan mana-mana fungsi dan kuasa mereka masing-masing;

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 39

(b)

penjalanan atau penyediaan apa-apa kerja atau perkhidmatan oleh Pihak Berkuasa bagi Entiti Kerajaan itu, atau oleh

Entiti Kerajaan itu bagi Pihak Berkuasa; atau

(c)

pemungutan oleh Pihak Berkuasa bagi pihak Entiti Kerajaan itu apa-apa fi, kos atau apa-apa caj lain sebagaimana yang dikehendaki, dicajkan atau dikenakan dengan sah oleh Entiti Kerajaan itu.

(2)

Mana-mana perjanjian atau perkiraan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

dengan persetujuan Perdana Menteri dalam hal sesuatu

Entiti Kerajaan Persekutuan;

(b)

dengan persetujuan Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan dalam hal sesuatu Entiti Kerajaan Negeri; dan

(c)

tertakluk kepada dan mengikut undang-undang yang mengawal kuasa dan fungsi Entiti Kerajaan yang berkaitan.

Tanggungjawab Entiti Kerajaan