Akta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2008 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian V · Penyelarasan Antara Entiti Kerajaan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara
30. Tanggungjawab Entiti Kerajaan
Feedback & supportMenjadi tanggungjawab tiap-tiap Entiti Kerajaan untuk—
bekerjasama dengan dan membantu Pihak Berkuasa dalam melaksanakan fungsi dan dalam mencapai objektif Pihak
Berkuasa di bawah Akta ini;
jika berkaitan, merujuk kepada dan menggunakan maklumat, statistik dan faktor yang disebarkan oleh Pihak Berkuasa di bawah perenggan 6(d) dalam melaksanakan fungsi dan kewajipannya, dalam menjalankan kuasanya, dan dalam menjalankan aktivitinya, di dalam Wilayah Ekonomi
Koridor Utara; dan
memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada syor
Pihak Berkuasa bagi pemakaian, penerimapakaian atau penggunaan di dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 40