Akta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2008 · Updated to 1 Oct 2018 · Bahagian VI · Kewangan
36. Kuasa untuk meminjam
Feedback & supportPihak Berkuasa boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam, pada apa-apa kadar bunga dan selama apa-apa tempoh dan atas
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 43
apa-apa terma mengenai masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya.
Pihak Berkuasa boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam wang melalui pengeluaran mana-mana surat cara kewangan atas apa-apa terma yang, dengan kelulusan Perdana Menteri dan
Menteri Kewangan, difikirkannya suai manfaat, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
peruntukan modal kerja;
pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;
pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa di bawah Akta ini;
penebusan apa-apa surat cara kewangan yang Pihak
Berkuasa dikehendaki atau berhak untuk menebusnya;
dan
apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.