Skip to content

Seksyen 38

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

of Akta Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara 2008

ActIn forceProvision 38 of 52
Seksyen 38
(1)

Perbelanjaan Pihak Berkuasa sehingga apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Perdana Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

Undang-Undang Malaysia 44

Akta 687

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Pihak

Berkuasa hendaklah mengemukakan kepada Perdana Menteri suatu anggaran perbelanjaan, termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan, bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Perdana Menteri.

(3)

Perdana Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Pihak Berkuasa amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan secara amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.

(4)

Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Perdana Menteri suatu anggaran tambahan perbelanjaannya bagi mana-mana satu tahun dan Perdana Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang dimasukkan ke dalam anggaran tambahan itu.

(5)

Perdana Menteri boleh mengarahkan Pihak Berkuasa supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihak berkuasa awam yang lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.

Tahun kewangan