Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Polis (Pindaan) 2012.
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 21
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Polis (Pindaan) 2012 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1421 2012, currently marked in force and first recorded in 2012.
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta A1421
akta polis (PINDAAN) 2012
Undang-Undang Malaysia 2
Akta A1421
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
2 Februari 2012
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
9 Februari 2012
Hakcipta Pencetak H percetakan nasional malaysia berhad
Akta Polis 1967 3
undang-undang malaysia
Akta A1421
Akta polis (pindaan) 2012
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Polis (Pindaan) 2012.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 21
Akta Polis 1967 [Akta 344], yang disebut “Akta ibu” dalam
Akta ini, dipinda dalam perenggan 21(1)(c) dengan memotong perkataan “and processions”.
Pemotongan seksyen 27, 27a, 27b dan 27c
Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 27, 27a, 27b dan 27c.
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1421
Kesan pemotongan
Apabila mula berkuat kuasanya Akta ini, semua perkara yang berhubungan dengan suatu lesen untuk mengadakan atau mengumpulkan apa-apa perhimpunan atau membentuk apa-apa perarakan di bawah seksyen 27 yang belum diputuskan oleh
Pegawai yang Menjaga Daerah Polis atau Pesuruhjaya atau Ketua
Pegawai Polis tidak akan diteruskan; dan semua lesen yang dikeluarkan bagi apa-apa perhimpunan dan perarakan yang akan diadakan, dikumpulkan atau dibentuk sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terhenti berkuat kuasa.
Apa-apa tindakan sivil atau jenayah menurut seksyen 27,
27a atau 27b Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini tidaklah terjejas oleh Akta ini dan hendaklah diteruskan seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.