Skip to content

Seksyen 4

Kesan pemotongan

of Akta Polis (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 4 of 4
Seksyen 4
(1)

Apabila mula berkuat kuasanya Akta ini, semua perkara yang berhubungan dengan suatu lesen untuk mengadakan atau mengumpulkan apa-apa perhimpunan atau membentuk apa-apa perarakan di bawah seksyen 27 yang belum diputuskan oleh

Pegawai yang Menjaga Daerah Polis atau Pesuruhjaya atau Ketua

Pegawai Polis tidak akan diteruskan; dan semua lesen yang dikeluarkan bagi apa-apa perhimpunan dan perarakan yang akan diadakan, dikumpulkan atau dibentuk sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terhenti berkuat kuasa.

(2)

Apa-apa tindakan sivil atau jenayah menurut seksyen 27,

27a atau 27b Akta ibu yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini tidaklah terjejas oleh Akta ini dan hendaklah diteruskan seolah-olah Akta ini tidak diperbuat.