Amendment Act · As enacted
Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012
Feedback & supportAmends the Legal Profession Act 1976Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
s 2Pindaan seksyen 13
Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memotong subseksyen 13(5).
4
Undang-Undang Malaysia
s 3Pindaan seksyen 37
Seksyen 37 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “subseksyen (1)” perkataan “dan (2a)”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Mana-mana orang tidak diberi kuasa yang secara langsung atau tidak langsung, melakukan atau memujuk rayu hak untuk melakukan apa-apa perbuatan yang lazimnya dalam fungsi atau tanggungjawab seorang peguam bela dan peguam cara, termasuklah tetapi tidak terhad kepada memberi nasihat tentang undang-undang
(sama ada undang-undang Malaysia atau selainnya)
hendaklah, melainkan jika dia membuktikan bahawa perbuatan itu telah dilakukan bukan untuk atau dengan harapan untuk mendapat apa-apa fi, keuntungan atau hadiah, melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen ini.”; dan
dalam subseksyen (4), dengan memasukkan selepas perkataan
“subseksyen (2)” perkataan “, (2a)”.
s 4Bahagian baru IVa
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 40
Bahagian yang berikut:
“Bahagian IVa
PERKONGSIAN ANTARABANGSA, FIRMA GUAMAN ASING
BERKELAYAKAN DAN PENDAFTARAN PEGUAM ASING
Tafsiran 40a. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bidang amalan yang dibenarkan” ertinya bidang amalan guaman yang ditetapkan;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh Majlis Peguam melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;
5
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
“firma guaman asing” ertinya suatu firma guaman asing yang memberikan perkhidmatan undang-undang dalam undang-undang asing dan termasuk suatu perbadanan yang ditubuhkan dengan sewajarnya bagi maksud menjalankan amalan undang-undang ditubuhkan atau dilesenkan untuk memberi perkhidmatan undang-undang oleh pihak berkuasa pelesenan yang berkenaan suatu negara atau wilayah selain
Malaysia;
“firma guaman asing berkelayakan” ertinya suatu firma guaman asing yang dilesenkan di bawah seksyen 40g;
“peguam asing” ertinya seseorang yang—
telah diberi kuasa dengan sewajarnya atau didaftarkan untuk menjalankan amalan undang-undang di suatu negara atau wilayah selain Malaysia; dan
merupakan rakan kongsi, pengarah (yang memegang ekuiti di dalam suatu perbadanan, dalam hal suatu perbadanan yang ditubuhkan dengan sewajarnya bagi maksud menjalankan amalan undang-undang) atau merupakan pekerja suatu firma guaman asing atau firma guaman Malaysia;
“perkongsian antarabangsa” ertinya suatu perkongsian atau apa-apa perkiraan yang lain antara suatu firma guaman asing dan firma guaman Malaysia yang berkenaan dengannya suatu lesen telah diberikan di bawah seksyen 40f;
“undang-undang asing” ertinya undang-undang mana-mana negara atau wilayah selain Malaysia.
Lesen dikehendaki bagi firma guaman asing 40b. (1) Tiada suatu firma guaman asing pun boleh menjalankan amalan di Malaysia melainkan jika ia dilesenkan di bawah
Bahagian ini.
Mana-mana firma guaman asing yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
6
Undang-Undang Malaysia
Jawatankuasa Pemilihan 40c. (1) Suatu Jawatankuasa Pemilihan ditubuhkan di bawah
Bahagian ini untuk membuat syor kepada Majlis Peguam bagi pemberian lesen untuk perkongsian antarabangsa dan firma guaman asing berkelayakan dan kepada firma guaman
Malaysia untuk mengguna khidmat peguam asing dan pendaftaran peguam asing untuk menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan.
Jawatankuasa Pemilihan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
Peguam Negara;
Yang Dipertua Bar Malaysia;
seorang yang akan dilantik oleh Peguam Negara daripada sektor awam; dan
dua orang ahli Bar Malaysia yang menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan yang berkaitan dengan permohonan yang akan dilantik oleh Majlis
Peguam.
Peguam Negara dan Yang Dipertua Bar Malaysia hendaklah menjadi Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pemilihan itu.
Pelantikan anggota di bawah perenggan (2)(c) dan (d)
adalah atas dasar ad hoc.
Anggota silih ganti 40d. (1) Peguam Negara boleh, berkenaan dengan anggota yang dilantik di bawah perenggan 40c(2)(c), melantik seseorang untuk menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan.
Majlis Peguam boleh, berkenaan dengan setiap anggota yang dilantik di bawah perenggan 40c(2)(d), melantik seseorang untuk menjadi anggota silih ganti untuk menghadiri, sebagai ganti anggota itu, mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan.
7
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
Apabila menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan, seorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Jawatankuasa Pemilihan.
Seorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti menjadi anggota silih ganti apabila anggota yang baginya dia merupakan anggota silih ganti terhenti menjadi anggota Jawatankuasa Pemilihan.
Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan 40e. (1) Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan hendaklah dipengerusikan secara bersama oleh Peguam Negara dan
Yang Dipertua Bar Malaysia.
Jawatankuasa Pemilihan hendaklah bermesyuarat pada tarikh dan di tempat dan pada masa yang Peguam Negara dan Yang Dipertua Bar Malaysia tetapkan.
Korum Jawatankuasa Pemilihan ialah lima.
Semua keputusan Jawatankuasa Pemilihan hendaklah dengan undi bersetuju majoriti anggota Jawatankuasa
Pemilihan.
Jawatankuasa Pemilihan hendaklah memberitahu Majlis
Peguam tentang syornya berkenaan pemberian sesuatu lesen di bawah seksyen 40f, 40g atau 40h atau pendaftaran seseorang peguam asing di bawah seksyen 40j.
Majlis Peguam hendaklah menjadi Urus Setia bagi
Jawatankuasa Pemilihan.
Perkongsian antarabangsa 40f. (1) Suatu firma guaman asing dan firma guaman Malaysia boleh memohon secara bersama kepada Majlis Peguam untuk suatu lesen perkongsian antarabangsa jika memenuhi syarat-syarat sebagaimana yang Majlis Peguam fikirkan patut dikenakan dalam mana-mana hal tertentu.
8
Undang-Undang Malaysia
Suatu firma guaman asing tidak boleh menjadi pihak kepada lebih daripada satu perkongsian antarabangsa di Malaysia pada satu-satu masa.
Setelah menerima suatu permohonan, Majlis Peguam hendaklah merujuk permohonan itu kepada Jawatankuasa
Pemilihan untuk pertimbangan dan syor.
Majlis Peguam hendaklah, atas syor Jawatankuasa
Pemilihan, membenarkan suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) atas apa-apa syarat-syarat yang
Majlis Peguam fikirkan patut dikenakan dalam mana-mana hal tertentu atau menolak permohonan itu.
Suatu perkongsian antarabangsa hendaklah membayar kepada Majlis Peguam fi lesen tersebut pada masa dan mengikut apa-apa cara yang boleh ditetapkan.
Majlis Peguam boleh, melalui notis bertulis—
mengenakan apa-apa syarat-syarat baru atau tambahan ke atas lesen; atau
mengubah atau membatalkan apa-apa syarat-syarat yang dikenakan ke atas lesen.
Majlis Peguam boleh memperbaharui suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen ini bagi suatu tempoh dan atas syarat-syarat yang boleh ditentukan oleh Majlis Peguam.
Suatu perkongsian antarabangsa berhak untuk—
menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan mengikut mana-mana syarat-syarat yang ditetapkan;
mengenakan bayaran ke atas anak guamnya sebagai satu firma guaman; dan
menuntut balik kos dan mengekalkan bayaran berkenaan dengan firma itu.
Pegangan ekuiti dan hak mengundi yang dibenarkan bagi firma guaman asing dalam perkongsian antarabangsa itu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pemilihan dari semasa ke semasa.
9
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
Firma guaman asing berkelayakan 40g. (1) Suatu firma guaman asing boleh memohon untuk suatu lesen firma guaman asing berkelayakan jika ia memenuhi syarat-syarat yang Majlis Peguam fikirkan patut dikenakan dalam mana-mana hal tertentu.
Setelah menerima suatu permohonan, Majlis Peguam hendaklah merujuk permohonan itu kepada Jawatankuasa
Pemilihan untuk pertimbangan dan syor.
Majlis Peguam hendaklah, atas syor Jawatankuasa
Pemilihan, membenarkan suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) atas apa-apa syarat-syarat yang
Majlis Peguam fikirkan patut dikenakan dalam mana-mana hal tertentu atau menolak permohonan itu.
Suatu firma guaman asing berkelayakan hendaklah membayar kepada Majlis Peguam fi lesen tersebut pada masa dan mengikut apa-apa cara yang boleh ditetapkan.
Majlis Peguam boleh, melalui notis bertulis—
mengenakan apa-apa syarat-syarat baru atau tambahan ke atas lesen; atau
mengubah atau membatalkan apa-apa syarat-syarat yang dikenakan ke atas lesen.
Majlis Peguam boleh memperbaharui suatu lesen yang diberikan di bawah seksyen ini bagi suatu tempoh dan atas syarat-syarat yang boleh ditentukan oleh Majlis Peguam.
Suatu firma guaman asing berkelayakan berhak untuk menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan mengikut apa-apa syarat-syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Peguam.
Seseorang peguam Malaysia yang diguna khidmat di dalam suatu firma guaman asing berkelayakan hilang kelayakan daripada mendapat sijil amalan di bawah Bahagian III.
10
Undang-Undang Malaysia
Penggunakhidmatan peguam asing oleh firma guaman
Malaysia 40h. (1) Suatu firma guaman Malaysia boleh memohon kepada Majlis Peguam untuk suatu lesen untuk mengguna khidmat seseorang peguam asing untuk menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan di dalam firma guaman
Malaysia itu jika memenuhi syarat-syarat yang Majlis Peguam fikirkan patut dikenakan dalam mana-mana hal tertentu.
Setelah menerima suatu permohonan, Majlis Peguam hendaklah merujuk permohonan itu kepada Jawatankuasa
Pemilihan untuk pertimbangan dan syor.
Majlis Peguam hendaklah, atas syor Jawatankuasa
Pemilihan, membenarkan atau menolak permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Mana-mana firma guaman Malaysia yang mengguna khidmat peguam asing bersalahan dengan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Penggantungan atau pembatalan lesen 40i. (1) Majlis Peguam boleh, melalui notis bertulis, menggantung atau membatalkan lesen yang dibenarkan di bawah seksyen 40f, 40g atau 40h jika Majlis Peguam berpuas hati bahawa ada sebab yang mencukupi untuk berbuat demikian.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu lesen di bawah Bahagian ini hendaklah digantung atau dibatalkan jika—
pihak berkuasa pelesenan yang berkenaan suatu negara atau wilayah selain Malaysia menggantung atau membatalkan lesen firma guaman asing dalam suatu perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan akibat daripada prosiding jenayah, sivil atau tatatertib;
11
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
terdapat apa-apa perubahan berkenaan dengan apa-apa maklumat tentang firma guaman asing tersebut yang telah dikemukakan bagi maksud mendapatkan lesen perkongsian antarabangsa atau lesen firma guaman asing berkelayakan termasuklah tetapi tidak terhad kepada—
perubahan apa-apa nama perkongsian antarabangsa tanpa kelulusan terdahulu Majlis
Peguam;
penggabungan perkongsian antarabangsa dengan mana-mana firma atau pertubuhan perbadanan lain; atau
perubahan sehingga setengah (½) bilangan pekongsi dalam mana-mana perkongsian antarabangsa;
perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan itu gagal untuk mematuhi mana-mana kehendak yang dikenakan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
firma guaman asing dalam perkongsian antarabangsa itu atau firma guaman asing berkelayakan itu dibubarkan atau dalam likuidasi atau firma guaman Malaysia dalam perkongsian antarabangsa itu dibubarkan;
perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan itu gagal untuk mematuhi mana-mana syarat-syarat yang dikenakan ke atas lesennya;
perkongsian antarabangsa itu telah ditubuhkan semula tanpa kelulusan Majlis Peguam; atau
perkongsian antarabangsa itu dibubarkan atas apa-apa pun sebab.
Perkongsian antarabangsa dan firma guaman asing berkelayakan itu hendaklah memberitahu Majlis Peguam tentang berlakunya mana-mana peristiwa yang disebut dalam subseksyen (2) sebaik sahaja mereka mengetahuinya.
Sesuatu lesen tidak boleh digantung atau dibatalkan tanpa perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan itu diberi peluang munasabah untuk membuat rayuan kepada Majlis Peguam.
12
Undang-Undang Malaysia
Pendaftaran peguam asing untuk menjalankan amalan dalam suatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia 40j. (1) Seseorang peguam asing tidak boleh menjalankan amalan dalam suatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia, atau mengikut apa-apa cara yang lain, melainkan jika dia telah didaftarkan di bawah seksyen ini.
Seseorang peguam asing yang memenuhi kehendak sebagaimana yang ditetapkan dan berhasrat untuk menjalankan amalan dalam suatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia boleh memohon kepada Majlis Peguam untuk didaftarkan bagi menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan di dalam suatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia.
Setelah menerima suatu permohonan, Majlis Peguam hendaklah merujuk permohonan itu kepada Jawatankuasa
Pemilihan untuk pertimbangan dan syor.
Majlis Peguam hendaklah, atas syor Jawatankuasa
Pemilihan, membenarkan atau menolak permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (2).
Suatu permohonan yang telah dibenarkan di bawah subseksyen (4) adalah tertakluk kepada—
apa-apa syarat-syarat sebagaimana yang Majlis Peguam fikirkan patut dikenakan dalam mana-mana hal tertentu;
dan
pembayaran fi pendaftaran kepada Majlis Peguam pada masa dan mengikut apa-apa cara yang boleh ditetapkan.
Pendaftaran seseorang peguam asing di bawah seksyen ini hendaklah berkenaan dengan suatu tahun kalendar dan boleh diperbaharui setiap tahun tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Majlis Peguam.
Seseorang peguam asing yang berdaftar di bawah seksyen ini boleh menjalankan amalan dalam bidang amalan yang dibenarkan melalui suatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia.
13
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
Mana-mana peguam asing yang gagal untuk mematuhi peruntukan subsekyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Penggantungan atau pembatalan pendaftaran 40k. (1) Majlis Peguam boleh, melalui notis bertulis, menggantung atau membatalkan pendaftaran peguam asing di bawah seksyen 40j jika Majlis Peguam berpuas hati bahawa ada sebab yang mencukupi untuk berbuat demikian.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu pendaftaran peguam asing di bawah Bahagian ini hendaklah digantung atau dibatalkan jika—
lesen perkongsian antarabangsa atau lesen firma guaman asing berkelayakan yang dikeluarkan berkenaan dengan perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, digantung atau dibatalkan di bawah seksyen 40i;
peguam asing itu melanggari mana-mana peruntukan yang berhubungan dengan permit kerjanya atau apa-apa undang-undang imigresen yang berkenaan di Malaysia;
peguam asing yang diguna khidmat dalam suatu firma guaman Malaysia tidak lagi diberi kuasa dengan sempurna atau didaftarkan untuk menjalankan amalan undang-undang di suatu negara atau wilayah selain
Malaysia akibat daripada prosiding jenayah, sivil atau tatatertib; atau
peguam asing itu telah didapati bersalah oleh Lembaga
Tatatertib atas apa-apa salah laku tatatertib dan
Lembaga Tatatertib telah mengesyorkan penggantungan atau pembatalan pendaftaran peguam asing itu.
Kelakuan profesional, etika dan akaun 40l. (1) Perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan dan peguam asing berdaftar hendaklah mematuhi
14
Undang-Undang Malaysia
mana-mana undang-undang, peraturan dan arahan yang terpakai ke atas peguam bela dan peguam cara di bawah Akta ini yang berhubungan dengan kelakuan atau etika profesional.
Seksyen 79 dan mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya adalah terpakai bagi seseorang peguam asing yang berdaftar di bawah seksyen 40j dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis Peguam.
Bagi mengelakkan keraguan, tiada apa-apa jua di bawah Bahagian ini boleh menjejaskan apa-apa keistimewaan peguam cara dan klien yang mungkin wujud berasingan di bawah Bahagian ini.
Pihak berkuasa tatatertib 40m. Seseorang peguam asing yang berdaftar hendaklah, bagi maksud semua tindakan tatatertib, tertakluk kepada kawalan Lembaga Tatatertib.
Kuasa untuk menghendaki dokumen, dsb.
s 40nSection 40n
Majlis Peguam boleh menghendaki mana-mana perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan, firma guaman Malaysia atau peguam asing untuk memberi kepada Majlis Peguam apa-apa dokumen, butir-butir atau maklumat sebagaimana yang Majlis Peguam fikirkan perlu bagi maksud memastikan pematuhan Bahagian ini.
Kuasa untuk membuat kaedah-kaedah 40o. Majlis Peguam boleh, dengan kelulusan Peguam Negara, membuat kaedah-kaedah bagi memperuntukkan tentang—
syarat-syarat dan kriteria bagi pemberian lesen perkongsian antarabangsa, lesen firma guaman asing berkelayakan atau lesen di bawah seksyen 40h dan bagi pendaftaran peguam asing di bawah seksyen 40j;
15
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
cara dan langkah bagi permohonan dan maklumat dan dokumen untuk diberikan bagi permohonan untuk lesen perkongsian antarabangsa dan firma guaman asing berkelayakan dan lesen di bawah seksyen 40h, termasuklah tetapi tidak terhad kepada borang, prosiding, fi, maklumat dan dokumen yang berkaitan dengannya;
syarat-syarat yang berhubungan dengan kelayakan kemahiran undang-undang, pengalaman dan kepakaran yang dikehendaki di bawah Bahagian ini;
cara dan langkah bagi permohonan untuk pendaftaran peguam asing termasuklah tetapi tidak terhad kepada borang, prosiding, fi, maklumat dan dokumen yang berkaitan dengannya;
pengemukaan maklumat dan butir-butir yang berhubungan dengan firma guaman asing, peguam dan orang lain yang menjalankan amalan dalam atau diguna khidmat oleh firma guaman asing;
penyenggaraan daftar bagi perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan, firma guaman
Malaysia yang mengguna khidmat peguam asing di bawah seksyen 40h, peguam asing yang menjalankan amalan di Malaysia dan peguam Malaysia yang menjalankan amalan di dalam perkongsian antarabangsa dan firma guaman asing berkelayakan di bawah
Bahagian ini dan bentuk dan cara daftar itu hendak disimpan;
bidang amalan yang dibenarkan;
cara dan langkah bagaimana sesuatu perkongsian antarabangsa, firma guaman asing berkelayakan atau firma guaman Malaysia yang dilesenkan di bawah seksyen 40h boleh menjalankan urusan atau membuat publisiti mengenai dirinya;
pengecualian mana-mana orang atau golongan orang daripada mana-mana peruntukan Bahagian ini; dan
apa-apa perkara yang lain bagi maksud melaksanakan peruntukan Bahagian ini.”.
16
Undang-Undang Malaysia
s 5Pindaan seksyen 76
Seksyen 76 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:
“Nama ahli Majlis Peguam, dsb., hendaklah disiarkan dan pertimbangtelitian sulit”;
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Kecuali dan setakat yang perlu bagi maksud menyiarkan suatu laporan atau menguatkuasakan apa-apa ketetapan yang diluluskan atau keputusan yang diambil, pertimbangtelitian sulit pada semua mesyuarat, prosiding atau siasatan Lembaga, Majlis
Peguam, Jawatankuasa Bar Negeri, Lembaga Tatatertib dan Jawatankuasa Tatatertib dan berkenaan dengan semua dokumen yang berkaitan dengan proses pertimbangtelitian hendaklah disenggara oleh ahli
Lembaga, Majlis Peguam, Jawatankuasa Bar Negeri,
Lembaga Tatatertib dan Jawatankuasa Tatatertib dan oleh kakitangan mereka.”; dan
dalam subseksyen (3)—
dengan menggantikan perkataan “prosiding atau perkara yang dijalankan oleh mereka” dengan perkataan “pertimbangtelitian yang disebut dalam subseksyen (2)”; dan
dengan menggantikan perkataan “prosiding atau perkara itu” dengan perkataan “pertimbangtelitian itu melainkan jika mahkamah memutuskan penzahiran itu adalah penting demi keadilan”.
s 6Pindaan seksyen 80
Subseksyen 80(8a) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “ahli Bar Malaysia” perkataan “dan kepada kumpulan wang yang ditubuhkan bagi maksud mengadakan bantuan guaman”.
17
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
s 7Seksyen baru 92a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum seksyen 93
dalam Bahagian VII seksyen yang berikut:
“Tafsiran “peguam bela dan peguam cara” dalam peruntukan tertentu 92a. Bagi maksud prosiding tatatertib di bawah Bahagian ini, kecuali di bawah subseksyen 93(5), subseksyen 94(2), seksyen 96 dan perenggan 98(1)(a), “peguam bela dan peguam cara” termasuklah seorang peguam asing yang berdaftar di bawah seksyen 40j.”.
s 8Pindaan seksyen 93
Seksyen 93 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (3)—
dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:
“(a) pengerusi Lembaga Tatatertib yang dilantik oleh Hakim Besar selepas berunding dengan Majlis Peguam bagi tempoh dua tahun dan orang itu hendaklah seorang
Hakim Mahkamah Tinggi atau Mahkamah
Rayuan atau Mahkamah Persekutuan yang telah bersara atau mana-mana orang yang layak menjadi Hakim Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan atau Mahkamah
Persekutuan:
Dengan syarat bahawa Hakim Besar boleh, selepas berunding dengan Majlis
Peguam, melanjutkan tempoh pelantikan itu bagi tempoh dua tahun lagi dan boleh melantik semula bagi tempoh lain yang tidak melebihi dua tahun;”; dan 18
Undang-Undang Malaysia
dalam perenggan (c)—
dengan menggantikan perkataan “lima belas tahun” dengan perkataan “sepuluh tahun”;
dan
dalam proviso, dengan memotong perkataan
“dan boleh melantik mereka semula”;
dengan memotong subseksyen (3a);
dalam subseksyen (4a), dengan memotong perkataan “atau wakilnya”;
dengan menggantikan subseksyen (4b) dengan subseksyen yang berikut:
“(4b) Jika Yang Dipertua Bar Malaysia juga menarik diri daripada menimbang teliti apa-apa aduan menurut subseksyen (4c) atau tidak dapat, oleh sebab sakit atau apa-apa sebab yang lain, hadir mesyuarat, ahli yang hadir hendaklah memilih seorang daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu bagi maksud aduan itu.”; dan
dengan menggantikan subseksyen (4c) dengan subseksyen yang berikut:
“(4c) Pengerusi Lembaga Tatatertib, Yang Dipertua
Bar Malaysia dan mana-mana ahli Lembaga Tatatertib yang lain hendaklah, jika perlu demi kepentingan keadilan, menarik diri daripada menimbang teliti apa-apa aduan.”.
s 9Pindaan seksyen 94
Seksyen 94 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Mana-mana peguam bela dan peguam cara yang melakukan apa-apa salah laku boleh dikenakan satu atau lebih penalti atau hukuman yang berikut:
dipotong daripada Daftarai;
19
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
digantung daripada menjalankan amalan bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi lima tahun;
diperintahkan untuk membayar suatu denda yang tidak melebihi lima puluh ribu ringgit; atau
ditegur atau dicela.”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(4a) Walau apa pun subseksyen (2), mana-mana peguam asing yang berdaftar yang melakukan apa-apa salah laku boleh digantung, bagi apa-apa tempoh tidak melebihi lima tahun, atau dibatalkan pendaftarannya atau ditegur atau dicela atau diperintahkan untuk membayar denda, mengikut mana-mana yang berkenaan.”;
dalam subseksyen (5)—
dengan memasukkan selepas perkataan “peguam bela dan peguam cara” perkataan “, dan apa-apa sebutan kepada peguam bela dan peguam cara dalam Bahagian ini hendaklah mutatis mutandis termasuk pelatih”; dan
dengan menggantikan perkataan “mempetisyen
Mahkamah” dengan perkataan “meneruskan dengan apa-apa petisyen”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(6) Bagi maksud seksyen ini, “pelatih” termasuklah seseorang yang telah menamatkan tempoh latihan yang ditetapkan dan belum diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara.”.
s 10Pindaan seksyen 99
Seksyen 99 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “Perindustrian” dengan perkataan “Perusahaan”;
20
Undang-Undang Malaysia
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Tiada aduan berkenaan dengan kelakuan mana-mana peguam bela dan peguam cara atau mana-mana pelatih boleh disiasat oleh Lembaga Tatatertib selepas tamat enam tahun dari tarikh kausa tindakan untuk membawa aduan berlaku:
Dengan syarat bahawa jika—
aduan itu berasaskan kepada fraud peguam bela dan peguam cara atau ejennya atau mana-mana orang yang melaluinya dia atau ejennya membuat tuntutan; atau
kausa tindakan untuk membawa aduan tersembunyi akibat fraud peguam bela dan peguam cara atau ejennya atau mana-mana orang yang melaluinya dia atau ejennya membuat tuntutan, had masa tidak bermula sehingga pengadu mengetahui fraud itu, atau dengan usaha yang munasabah fraud itu diketahuinya.”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (5) subseksyen yang berikut:
“(6) Bagi maksud seksyen ini, “firma guaman”
termasuklah suatu perkongsian antarabangsa atau firma guaman asing berkelayakan yang dilesenkan di bawah
Bahagian IVa.”.
s 11Penggantian seksyen 100
Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 100 dengan seksyen yang berikut: