14. Pindaan seksyen 103b
Feedback & supportSeksyen 103b Akta ibu dipinda—
dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan
“Penyiasatan” dengan perkataan “Siasatan”;
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Jawatankuasa Tatatertib hendaklah, dalam masa satu bulan pelantikannya, memulakan siasatannya terhadap permohonan atau aduan bertulis itu dan membuat dapatan dengan segera.”;
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menyimpan suatu nota prosiding siasatan itu dan menyerahkan dapatannya dan nota prosiding itu kepada Lembaga
Tatatertib.”;
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“penyiasatan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“siasatan”; dan
dalam subseksyen (3)–
dengan menggantikan perkataan “sah” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “munasabah”;
dan
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“penyiasatan” dengan perkataan “siasatan”.
26
Undang-Undang Malaysia