Skip to content

Seksyen 16

Seksyen 103d Akta ibu dipinda—

of Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2012

Amendment ActIn forceProvision 16 of 21
Seksyen 16

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “syor Jawatankuasa Tatatertib itu” perkataan

“dan jika Lembaga Tatatertib menolak dapatan atau syor

Jawatankuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib hendaklah merekodkan alasan bagi penolakan itu”;

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“hukuman yang lebih berat” dengan perkataan “hukuman atau penalti yang lebih berat atau lebih ringan”;

(c)

dalam subseksyen (4)—

(i)

dengan memotong perkataan “di bawah subseksyen (2)

atau apa-apa perintah”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “subseksyen (3)”

dengan perkataan “subseksyen (2) atau (3)”;

dan

(d)

dengan menggantikan subseksyen (5) dengan subseksyen yang berikut:

“(5)  Jika Lembaga Tatatertib membuat suatu perintah bahawa peguam bela dan peguam cara itu hendaklah membuat restitusi kepada pengadu, Lembaga Tatatertib boleh menetapkan tempoh masa restitusi itu patut dibuat.”.

Pindaan seksyen 103e