Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

19. Pindaan seksyen 86

Feedback & support

Seksyen 86 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan

“peguam cara” dengan perkataan “peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad”;

(b)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “peguam bela dan peguam cara” perkataan

“atau perkongsian guaman liabiliti terhad”;

(c)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “seseorang peguam bela dan peguam cara” perkataan “atau sesuatu perkongsian guaman liabiliti terhad”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “yang ada dalam jagaan atau kawalannya” dengan perkataan “yang ada dalam jagaan atau kawalan peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu”; dan

Undang-Undang Malaysia 34

(d)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Sekiranya peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu mengatakan bahawa peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad ada tuntutan untuk kos,

Mahkamah atau Hakim boleh membuat apa-apa peruntukan, yang difikirkannya patut dan munasabah, untuk pembayarannya atau sekuritinya atau untuk melindungi lien peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad itu, jika ada.”.

Report

Bahagian VIII

Bahagian VIII Akta ibu dipinda dalam kepala dengan memasukkan selepas perkataan “PEGUAM CARA” perkataan