Amendment Act · As enacted · 1 part
Akta Profesion Undang-Undang (Pindaan) 2025
Feedback & supportAmends the Legal Profession Act 1976Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Profesion Undang-Undang
(Pindaan) 2025.
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.
s 2Pindaan seksyen 3
Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 3 dengan memasukkan selepas takrif “Peperiksaan Kelayakan Bahasa
Malaysia” takrif yang berikut:
‘ “perkongsian guaman liabiliti terhad” ertinya suatu perkongsian guaman liabiliti terhad yang diluluskan di bawah seksyen 40r dan didaftarkan mengikut kehendak seksyen itu;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG
(PINDAAN) 2025
Undang-Undang Malaysia 4
“perkongsian liabiliti terhad” ertinya suatu perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti
Terhad 2012 [Akta 743], dan termasuklah suatu perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan melalui penukaran perkongsian konvensional di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012, tetapi tidak termasuk perkongsian liabiliti terhad asing yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;’.
s 3Seksyen baharu 9a
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 9
seksyen yang berikut:
“Akaun Lembaga 9a. Akaun Lembaga hendaklah diaudit setiap tahun oleh
Ketua Audit Negara.”.
s 4Pindaan seksyen 11
Subseksyen 11(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (d), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut:
“(e) telah memperoleh suatu perintah di bawah subseksyen 36(2).”.
s 5Pindaan seksyen 15
Subseksyen 15(3) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (f), dengan memotong perkataan “dan”
di hujung perenggan itu;
dalam perenggan (g), dengan menggantikan noktah di hujung perenggan itu dengan perkataan “; dan”; dan
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
dengan memasukkan selepas perenggan (g) perenggan yang berikut:
“(h) suatu salinan benar perintah yang diperoleh di bawah subseksyen 36(2).”.
s 6Pindaan seksyen 30
Subseksyen 30(1) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan
“atau secara perkongsian” dengan perkataan “, secara perkongsian atau secara perkongsian guaman liabiliti terhad”; dan
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“atau firma peguam bela dan peguam cara” dengan perkataan “, firma peguam bela dan peguam cara atau perkongsian guaman liabiliti terhad”.
s 7Pindaan seksyen 36
Seksyen 36 Akta ibu dipinda—
dalam subseksyen (2)—
dengan menggantikan perkataan “pada masa bermulanya latihan” dengan perkataan “dalam masa tiga puluh hari dari masa bermulanya latihan”;
dengan menggantikan perkataan “atau firma”
dengan perkataan “atau bagi pihak firma atau perkongsian guaman liabiliti terhad”; dan
dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:
“(b) pada masa tamatnya tempoh tiga bulan dari tarikh perintah itu, pelatih itu boleh hadir—
dalam kamar di Mahkamah Tinggi dan di mahkamah rendah, untuk mengendalikan apa-apa kausa atau perkara; dan
Undang-Undang Malaysia 6
di hadapan mana-mana Majistret untuk mengendalikan apa-apa kausa, perkara atau perbicaraan.”; dan
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(2a) Apa-apa permohonan di bawah subseksyen (2)
selepas tamat tempoh tiga puluh hari dari masa bermulanya latihan pelatih itu dengan Pengajarnya tidak boleh dibenarkan melainkan jika dengan kebenaran mahkamah.”.
s 8Pindaan seksyen 40a
Seksyen 40a Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas takrif
“firma guaman asing berkelayakan” takrif yang berikut:
‘ “firma guaman Malaysia” ertinya suatu ketuanpunyaan tunggal, suatu perkongsian atau suatu perkongsian guaman liabiliti terhad yang menjalankan amalan peguam bela dan peguam cara di bawah Akta ini;’.
s 9Pindaan seksyen 40f
Subseksyen 40f(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “firma guaman Malaysia boleh memohon secara bersama” perkataan “atau melalui suatu perkongsian guaman liabiliti terhad yang ditubuhkan menurut suatu perkiraan antara firma guaman asing dengan firma guaman Malaysia itu”.
s 10Pindaan seksyen 40o
Seksyen 40o Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (h) perenggan yang berikut:
“(ha) cara dan langkah bagaimana suatu perkongsian guaman liabiliti terhad boleh ditubuhkan bagi maksud suatu perkongsian antarabangsa;”.
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
s 11Bahagian baharu IVb
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 40o bahagian yang berikut:
“Bahagian IVb
PERKONGSIAN GUAMAN LIABILITI TERHAD
Tafsiran 40p.
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“pegawai pematuhan” ertinya pegawai pematuhan yang dilantik di bawah seksyen 27 Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;
“Pendaftar” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012;
“perjanjian perkongsian liabiliti terhad” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Perkongsian Liabiliti
Terhad 2012.
Permohonan bagi kelulusan untuk menubuhkan perkongsian guaman liabiliti terhad, dsb.
s 40qSection 40q
Seseorang peguam bela dan peguam cara yang berhasrat untuk menubuhkan suatu perkongsian guaman liabiliti terhad atau menukar firma sedia ada kepada suatu perkongsian guaman liabiliti terhad bagi maksud menjalankan amalan peguam bela dan peguam cara hendaklah memohon kepada Majlis Peguam bagi kelulusan—
penubuhan suatu perkongsian guaman liabiliti terhad;
atau
penukaran firma sedia ada kepada suatu perkongsian guaman liabiliti terhad; dan
nama yang dicadangkan bagi perkongsian guaman liabiliti terhad itu.
Undang-Undang Malaysia 8
Kelulusan bagi penubuhan atau penukaran kepada perkongsian guaman liabiliti terhad 40r. (1) Apabila permohonan di bawah seksyen 40q diterima,
Majlis Peguam boleh meluluskan penubuhan suatu perkongsian guaman liabiliti terhad atau penukaran suatu firma sedia ada kepada suatu perkongsian guaman liabiliti terhad.
Suatu perkongsian guaman liabiliti terhad yang diluluskan di bawah subseksyen (1) tidak boleh diiktiraf sebagai suatu perkongsian guaman liabiliti terhad di bawah Akta ini sehingga perkongsian guaman liabiliti terhad itu didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 sebagai suatu perkongsian liabiliti terhad dan namanya dimasukkan dalam daftar di bawah subseksyen 40z(2).
Kelulusan bagi nama perkongsian guaman liabiliti terhad 40s. (1) Bagi maksud permohonan di bawah perenggan 40q(c),
Majlis Peguam boleh meluluskan nama perkongsian guaman liabiliti terhad yang dicadangkan—
dalam hal suatu penukaran daripada firma sedia ada kepada suatu perkongsian guaman liabiliti terhad, jika nama itu—
adalah nama yang sama dengan firma sedia ada dengan perkataan tambahan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 13(1)
Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012; dan
tidak berkemungkinan dikelirukan dengan nama mana-mana perkongsian guaman liabiliti terhad atau firma sedia ada; atau
dalam hal penubuhan perkongsian guaman liabiliti terhad yang baharu, jika nama itu—
tidak mengelirukan;
tidak berkemungkinan dikelirukan dengan nama mana-mana perkongsian guaman liabiliti terhad atau firma sedia ada; dan
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
tidak bertentangan dengan martabat profesion undang-undang.
Nama suatu perkongsian guaman liabiliti terhad yang telah diluluskan itu tidak boleh ditukar atau diubah melainkan dengan kelulusan Majlis Peguam secara bertulis tertakluk kepada kehendak yang sama di bawah perenggan (1)(b).
Hak dan kewajipan perkongsian guaman liabiliti terhad 40t. (1) Suatu perkongsian guaman liabiliti terhad boleh melakukan apa-apa perkara yang peguam bela dan peguam cara boleh lakukan di sisi undang-undang dan hendaklah melakukan semua perkara yang peguam bela dan peguam cara perlu lakukan di sisi undang-undang.
Walau apa pun subseksyen (1), suatu perkongsian guaman liabiliti terhad tidak boleh melakukan apa-apa perkara yang hanya boleh dilakukan oleh peguam bela dan peguam cara sebagai orang sebenar.
Kesan penukaran kepada perkongsian guaman liabiliti terhad 40u. Tanpa menjejaskan seksyen 33 Akta Perkongsian Liabiliti
Terhad 2012, selepas penukaran suatu firma kepada suatu perkongsian guaman liabiliti terhad—
semua orang yang telah mengguna khidmat atau sedang mengguna khidmat firma itu berkaitan dengan amalannya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara hendaklah disifatkan sebagai orang yang telah mengguna khidmat atau sedang mengguna khidmat perkongsian guaman liabiliti terhad itu berkaitan dengan amalannya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara tanpa memerlukan persetujuan daripada atau pemberitahuan kepada mana-mana orang yang mengguna khidmat itu atau mana-mana orang lain dan tanpa jaminan, tindakan atau surat ikatan selanjutnya;
Undang-Undang Malaysia 10
semua aset dan harta yang dipegang oleh firma itu, sama ada secara berseorangan atau bersesama dengan mana-mana orang lain, bagi atau yang berkaitan dengan amalannya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara, sama ada bagi mana-mana orang itu atau selainnya, hendaklah terletak hak pada perkongsian guaman liabiliti terhad itu tertakluk kepada amanah atau perkiraaan lain sebagaimana yang terpakai pada firma itu;
semua dokumen, rekod, barang atau benda yang dipegang oleh atau untuk, atau dalam milikan, firma itu hendaklah disifatkan sebagai dipegang oleh atau untuk, atau dalam milikan, perkongsian guaman liabiliti terhad itu;
apa-apa lien atau cagaran lain yang dipegang oleh firma itu, sama ada secara berseorangan atau bersesama dengan mana-mana orang lain untuk manfaatnya sendiri atau sebagai penama atau pemegang amanah, hendaklah disifatkan sebagai dipegang oleh perkongsian guaman liabiliti terhad itu;
apa-apa aku janji, persetujuan, surat kuasa wakil, arahan, perintah, mandat, kuasa atau surat cara lain yang wujud, sama ada melalui surat ikatan atau selainnya, yang dibuat oleh, diberikan oleh atau kepada, atau dibuat untuk faedah, firma itu bagi atau yang berkaitan dengan amalannya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara hendaklah disifatkan sebagai dibuat oleh, diberikan oleh atau kepada, atau dibuat untuk faedah, perkongsian guaman liabiliti terhad itu;
apa-apa akaun antara firma itu dengan orang yang mengguna khidmat atau yang telah mengguna khidmat firma itu atau selainnya bagi atau yang berkaitan dengan amalannya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara hendaklah disifatkan sebagai menjadi suatu akaun antara perkongsian guaman liabiliti terhad itu dengan orang itu tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang terpakai pada akaun itu dengan firma itu; dan
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
apa-apa pemfailan atau surat-menyurat atau perkara dengan atau yang melibatkan mana-mana pejabat pendaftaran, mahkamah, tribunal, pihak berkuasa cukai atau hasil, bursa saham atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan, pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa pengawal selia yang dibuat oleh firma itu atau seseorang peguam bela dan peguam cara firma itu bagi atau yang berkaitan dengan amalannya sebagai seorang peguam bela dan peguam cara hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat oleh atau dengan perkongsian guaman liabiliti terhad itu.
Hubungan antara klien dengan perkongsian guaman liabiliti terhad 40v. Suatu perkongsian guaman liabiliti terhad hendaklah mempunyai hak dan tertakluk kepada kehendak fidusiari, kerahsiaan dan etika yang berkenaan dengan setiap klien perkongsian guaman liabiliti terhad sama dengan hak dan kehendak fidusiari, kerahsiaan dan etika yang sedia ada di sisi undang-undang yang berkenaan dengan peguam bela dan peguam cara dengan kliennya.
Standard kelakuan 40 w.
Seorang pekongsi, perunding atau pekerja perkongsian guaman liabiliti terhad yang merupakan seorang peguam bela dan peguam cara yang menyediakan perkhidmatan yang hanya boleh diberikan oleh peguam bela dan peguam cara di bawah Akta ini adalah tertakluk kepada standard kelakuan dan kecekapan yang sama yang berkenaan dengan perkhidmatan sedemikian seolah-olah dia sendiri menyediakan perkhidmatan itu sebagai seorang peguam bela dan peguam cara dalam suatu firma.
Pemberhentian amalan peguam bela dan peguam cara 40x. (1) Suatu perkongsian guaman liabiliti terhad tidak boleh menjalankan amalan peguam bela dan peguam cara jika pada bila-bila masa mana-mana pekongsi perkongsian guaman liabiliti terhad itu bukan seorang peguam bela dan peguam cara yang menjalankan amalan.
Undang-Undang Malaysia 12
Jika suatu perkongsian guaman liabiliti terhad menjalankan perniagaan yang melanggar subseksyen (1)—
perkongsian guaman liabiliti terhad itu; dan
orang yang merupakan pekongsi sepanjang tempoh perkongsian guaman liabiliti terhad itu menjalankan perniagaan sedemikian dan mengetahui hakikat bahawa perkongsian guaman liabiliti terhad itu menjalankan perniagaan yang melanggar subseksyen (1), melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Penggulungan perkongsian guaman liabiliti terhad 40y. (1) Walau apa pun seksyen 49 Akta Perkongsian Liabiliti
Terhad 2012, Mahkamah Tinggi boleh, apabila permohonan dibuat oleh Majlis Peguam, memerintahkan penggulungan suatu perkongsian guaman liabiliti terhad di bawah Akta Perkongsian
Liabiliti Terhad 2012 atas mana-mana alasan yang berikut:
perkongsian guaman liabiliti terhad itu tidak mematuhi kehendak Akta ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 40zd yang berhubungan dengan perkongsian guaman liabiliti terhad; atau
amalan perkongsian guaman liabiliti terhad itu telah dikendalikan dengan cara yang tidak bersesuaian dengan martabat profesion undang-undang.
Penggulungan suatu perkongsian guaman liabiliti terhad di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 hendaklah tanpa menjejaskan—
apa-apa hak untuk memulakan prosiding tatatertib terhadap seseorang peguam bela dan peguam cara yang menjalankan amalan di bawah perkongsian guaman liabiliti terhad; atau
apa-apa hak Majlis Peguam atau Jawatankuasa Badan
Peguam Negeri untuk melaksanakan apa-apa hak atau kuasa di bawah Akta ini.
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
13
Daftar perkongsian guaman liabiliti terhad 40z. (1) Majlis Peguam hendaklah—
menyimpan dan menyenggara suatu daftar bagi perkongsian guaman liabiliti terhad yang diluluskan di bawah seksyen 40r dalam bentuk dan cara sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis Peguam dan mempunyai jagaan terhadap daftar dan semua dokumen yang berhubungan dengannya; dan
membenarkan mana-mana orang memeriksa daftar yang disebut dalam perenggan (a) dengan cara yang difikirkan patut oleh Majlis Peguam.
Majlis Peguam hendaklah memasukkan nama suatu perkongsian guaman liabiliti terhad yang diluluskan di bawah seksyen 40r ke dalam daftar.
Majlis Peguam hendaklah mengeluarkan atau memotong nama suatu perkongsian guaman liabiliti terhad yang telah berhenti menjalankan amalan peguam bela dan peguam cara atau yang telah digulungkan daripada daftar.
Walau apa pun subseksyen (3), Majlis Peguam boleh memasukkan semula nama perkongsian guaman liabiliti terhad itu ke dalam daftar bagi maksud membolehkan Majlis Peguam atau mana-mana Jawatankuasa Badan Peguam Negeri atau mana-mana orang lain untuk melaksanakan apa-apa hak atau kuasa berhubung dengan perkongsian guaman liabiliti terhad itu di bawah Akta ini bagi atau yang berkaitan dengan—
amalan profesional, kesopanan, kelakuan dan tatatertib peguam bela dan peguam cara dan kerani di bawah
Bahagian VI atau prosiding tatatertib di bawah
Bahagian VII;
perlindungan klien atau bekas klien perkongsian guaman liabiliti terhad; atau
hak dan kuasa di bawah seksyen 119.
Undang-Undang Malaysia 14
Hak merayu terhadap keputusan Majlis Peguam 40za. Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan
Majlis Peguam di bawah seksyen 40r atau 40s boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi.
Bahagian ini mengatasi peruntukan perjanjian perkongsian liabiliti terhad yang tidak selaras 40zb. Bahagian ini dan mana-mana kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 40zd hendaklah mengatasi apa-apa peruntukan yang tidak selaras dalam mana-mana perjanjian perkongsian liabiliti terhad.
Pemakaian Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 dan undang-undang bertulis lain ke atas perkongsian guaman liabiliti terhad 40zc. (1) Peruntukan Bahagian ini dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 40zd hendaklah dibaca bersama dengan peruntukan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.
Dalam hal apa-apa percanggahan atau ketidakselarasan antara mana-mana peruntukan Akta Perkongsian Liabiliti
Terhad 2012 dengan mana-mana peruntukan Bahagian ini, peruntukan Bahagian ini hendaklah dipakai.
Kaedah-kaedah mengenai perkongsian guaman liabiliti terhad 40zd. (1) Majlis Peguam boleh, dengan kelulusan Peguam Negara, membuat kaedah-kaedah bagi maksud Bahagian ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kaedah-kaedah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh memperuntukkan bagi—
perkara yang berhubungan dengan nama suatu perkongsian guaman liabiliti terhad;
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
sekatan yang akan dikenakan ke atas orang atau golongan orang yang merupakan pekongsi atau pegawai pematuhan suatu perkongsian guaman liabiliti terhad;
bayaran fi bagi permohonan yang dibuat di bawah
Bahagian ini atau apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Bahagian ini;
penyimpanan akaun oleh suatu perkongsian guaman liabiliti terhad; dan
sifat dan kandungan surat-menyurat rasmi, dokumen dan penerbitan yang dikeluarkan oleh suatu perkongsian guaman liabiliti terhad.”.
s 12Bahagian baharu Va
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 76
bahagian yang berikut:
“Bahagian Va
PUSAT BANTUAN GUAMAN MAJLIS PEGUAM
Tafsiran 76a.
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bantuan guaman” ertinya perkhidmatan guaman yang disediakan oleh Pusat kepada seseorang yang dibantu, termasuk mewakili orang yang dibantu dalam apa-apa prosiding;
“orang yang dibantu” ertinya orang yang memenuhi ujian kemampuan dan menerima bantuan guaman di bawah Bahagian ini;
“Pengarah” ertinya Pengarah Pusat Bantuan Guaman yang dilantik di bawah seksyen 76f;
“penjaga” berhubung dengan seseorang kanak-kanak, termasuklah mana-mana orang yang, pada pendapat Pengarah, dilantik dengan sepatutnya untuk menjadi sahabat wakil atau penjaga ad litem kanak-kanak itu;
Undang-Undang Malaysia 16
“Pusat” ertinya Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam di bawah seksyen 76b;
“Sijil Bantuan Guaman” ertinya suatu sijil yang difailkan di mahkamah di bawah seksyen 76i;
“ujian kemampuan” ertinya ujian, yang dijalankan oleh
Majlis Peguam, untuk menentukan kelayakan seseorang bagi bantuan guaman.
Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam 76b. (1) Majlis Peguam hendaklah mentadbir suatu pusat yang dikenali sebagai “Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam”
dengan satu atau lebih cawangan dalam setiap Negeri bagi maksud menjalankan fungsi di bawah seksyen 76c.
Pusat itu hendaklah bertanggungjawab kepada Majlis
Peguam, dan hendaklah—
mengemukakan kepada Majlis Peguam laporan aktivitinya, akaun tahunannya yang diaudit oleh juruaudit Majlis Peguam dan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Majlis Peguam;
dan
menyebabkan laporan audit tahunannya dibentangkan di mesyuarat agung tahunan Badan Peguam Malaysia.
Fungsi Pusat 76c. (1) Pusat hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk menyediakan bantuan guaman kepada orang yang dibantu;
untuk menggalakkan kecelikan undang-undang dengan cara yang ditentukan dan diluluskan oleh Majlis
Peguam;
untuk membantu orang awam dalam perkara yang berhubungan dengan keadilan;
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
untuk mengguna khidmat ahli Badan Peguam Malaysia dalam melaksanakan fungsinya;
untuk menubuhkan mana-mana cawangan di seluruh
Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Badan
Peguam Negeri yang berkenaan;
untuk menyenggara akaun klien bagi mana-mana orang yang dibantu, mengikut apa-apa kaedah yang dibuat menurut seksyen 76m;
untuk menjalankan apa-apa aktiviti yang berkenaan dengan, atau berkaitan dengan, pelaksanaan fungsinya;
untuk menerima, sebagai balasan perkhidmatan yang diberikan olehnya, apa-apa fi atau perbelanjaan atau sumbangan daripada orang yang dibantu, atau apa-apa pembayaran kos yang mungkin diawardkan kepada orang yang dibantu, mengikut kaedah-kaedah yang dibuat oleh Majlis Peguam; dan
untuk menubuhkan jawatankuasa dan jawatankuasa kecil sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi pelaksanaan fungsinya.
Walau apa pun perenggan (1)(a), Majlis Peguam boleh dalam hal keadaan khas, mengarahkan Pusat untuk menyediakan bantuan guaman kepada mana-mana orang yang tidak memenuhi ujian kemampuan.
Pejabat utama Pusat 76d.
Pejabat utama Pusat hendaklah terletak di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Peguam.
Cawangan Pusat 76e. (1) Jika Pusat menubuhkan suatu cawangan dalam mana-mana negeri di luar pejabat utamanya, cawangan itu hendaklah diurus dan ditadbir oleh Pusat, dengan bantuan
Jawatankuasa Badan Peguam Negeri yang berkenaan.
Undang-Undang Malaysia 18
Majlis Peguam hendaklah mewakilkan kuasanya, sebagaimana yang difikirkannya perlu, kepada Jawatankuasa
Badan Peguam Negeri yang berkenaan bagi maksud pentadbiran cawangan Pusat.
Mana-mana cawangan Pusat hendaklah juga bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Badan Peguam Negeri yang berkenaan.
Pelantikan Pengarah dan kakitangan Pusat 76f. (1) Majlis Peguam boleh mengambil kerja dan menyara mana-mana peguam bela dan peguam cara atau orang yang layak dan sesuai untuk menjadi Pengarah yang bertanggungjawab—
bagi pengurusan dan pentadbiran harian Pusat dan aktivitinya;
bagi penyediaan program dan projek dalam melaksanakan fungsi Pusat untuk pertimbangan dan kelulusan Majlis
Peguam; dan
untuk melaksanakan semua arahan Majlis Peguam.
Majlis Peguam boleh mengambil kerja dan menyara mana-mana orang yang layak dan sesuai untuk menjadi kakitangan Pusat untuk membantu Pengarah dalam melaksanakan fungsi Pusat.
Permohonan bagi bantuan guaman 76g. (1) Mana-mana orang sama ada atas haknya sendiri atau atas sifatnya sebagai wakil yang berkehendakkan bantuan guaman diberikan di bawah Bahagian ini hendaklah membuat permohonan kepada Pusat.
Bagi maksud subseksyen (1), pemohon hendaklah mengemukakan maklumat yang lengkap, benar dan tepat dalam permohonan itu.
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
19
Memorandum Pemberitahuan 76h. (1) Pusat hendaklah, apabila menerima permohonan di bawah seksyen 76g, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, memberitahu mana-mana pihak yang berkaitan dan memfailkan Memorandum
Pemberitahuan dalam Borang 1 Jadual Kedua di mahkamah yang di dalamnya prosiding telah dimulakan.
Sekiranya suatu Memorandum Pemberitahuan difailkan di bawah subseksyen (1), semua prosiding hendaklah, melainkan jika diperintahkan sebaliknya oleh mahkamah yang di dalamnya prosiding itu belum selesai, digantung bagi suatu tempoh tidak melebihi dua puluh satu hari untuk membolehkan siasatan dibuat oleh Pusat mengenai kelayakan pemohon bagi bantuan guaman sebelum Sijil Bantuan Guaman dikeluarkan.
Walau apa pun subseksyen (2), pemfailan Memorandum
Pemberitahuan tidak boleh menjejaskan—
pembuatan suatu perintah interlokutori bagi suatu injunksi, atau bagi pelantikan seorang penerima atau pengurus;
pembuatan suatu perintah untuk mengelakkan keluputan sesuatu kaveat terhadap urusan mengenai tanah;
pembuatan apa-apa perintah lain yang, pada pendapat mahkamah yang di dalamnya prosiding itu belum selesai, perlu untuk mencegah ketidakadilan;
permulaan atau penerusan prosiding untuk memperoleh, menguatkuasakan atau melaksanakan, apa-apa perintah
“yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c)
atau dekri dengan kesan sedemikian, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mahkamah yang di dalamnya prosiding itu belum selesai.
Sijil Bantuan Guaman 76i. Jika Pusat berpuas hati bahawa pemohon di bawah seksyen 76g layak bagi bantuan guaman, Pusat boleh mewakili pemohon dengan memfailkan suatu Sijil Bantuan Guaman dalam Borang 2 Jadual Kedua di mahkamah yang di dalamnya prosiding itu belum selesai, dan pemohon hendaklah menjadi orang yang dibantu.
Undang-Undang Malaysia 20
Orang yang dibantu tidak bertanggungan untuk membayar kos 76j. (1) Orang yang dibantu tidak boleh, melainkan jika diperuntukkan secara nyata di bawah Akta ini, bertanggungan bagi apa-apa kos kepada mana-mana pihak lain dalam mana-mana prosiding yang Sijil Bantuan Guaman itu berkaitan.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, mana-mana orang yang menjalankan apa-apa siasatan, menyediakan atau menyiarkan apa-apa laporan, memberikan apa-apa pendapat, atau menjalankan apa-apa prosiding, tidak boleh mengambil, atau bersetuju untuk mengambil atau meminta apa-apa fi, keuntungan atau hadiah daripada orang yang dibantu.
Bantuan guaman diperoleh melalui fraud, dsb.
s 76kSection 76k
Jika Pusat mendapati bahawa mana-mana orang memperoleh bantuan guaman melalui fraud atau salah nyataan,
Pusat hendaklah membatalkan Sijil Bantuan Guaman dengan memfailkan suatu Notis Pembatalan Sijil Bantuan Guaman dalam Borang 3 Jadual Kedua di mahkamah dan notis itu hendaklah disampaikan kepada pihak lain dalam prosiding itu.
Apabila notis pembatalan difailkan di bawah subseksyen (1)—
Pusat hendaklah terhenti untuk mewakili orang itu;
semua prosiding hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mahkamah yang di dalamnya prosiding itu belum selesai, digantung bagi tempoh empat belas hari; dan
Pusat berhak untuk dibayar balik semua wang yang dibayar dan semua fi guaman bagi kerja yang dibuat bagi orang itu.
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
21
Kos bagi bantuan guaman yang diperoleh melalui fraud, dsb.
s 76lSection 76l
Mahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang telah memperoleh bantuan guaman melalui fraud atau salah nyataan untuk membayar kos kepada Pusat atau kepada pihak yang lain atau kepada kedua-duanya.
Kos kepada Pusat di bawah subseksyen (1) hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh mahkamah, dibayar kepada Pusat dan hendaklah termasuk—
apa-apa fi dan caj yang wajar bagi kerja yang dilakukan;
dan
apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh Pusat.
Majlis Peguam boleh membuat kaedah-kaedah 76m. (1) Majlis Peguam boleh, dengan kelulusan Peguam Negara, membuat kaedah-kaedah sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan Bahagian ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat oleh Majlis Peguam boleh mengadakan peruntukan bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut:
apa-apa fi, caj dan kos, termasuk apa-apa fi bagi mana-mana peguam bela dan peguam cara, berhubung dengan apa-apa prosiding yang orang yang dibantu merupakan suatu pihak;
mendapatkan kembali apa-apa wang yang kena dibayar berkenaan dengan bantuan guaman, atau bagi penguatkuasaan apa-apa perintah atau perjanjian bagi kos yang dibuat secara yang memihak kepada orang yang dibantu;
apa-apa peruntukan yang berhubungan dengan orang yang layak dan sesuai di bawah seksyen 76f; dan
Undang-Undang Malaysia 22
apa-apa perubahan hal keadaan orang yang dibantu.”.
s 13Pindaan seksyen 77
Seksyen 77 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1)
dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Tanpa menjejaskan apa-apa kuasa lain untuk membuat kaedah-kaedah yang diperuntukkan di bawah Akta ini, Majlis
Peguam boleh, dengan kelulusan Peguam Negara, membuat kaedah-kaedah bagi mengawal selia peguam bela dan peguam cara dan pelatih bagi yang berikut:
amalan, kesopanan, kelakuan dan tatatertib profesional;
fi;
gaji;
elaun;
keadaan kerja; dan
penerimaan masuk.”.
Bahagian VIII