76l. Section 76l
Feedback & supportMahkamah boleh memerintahkan mana-mana orang yang telah memperoleh bantuan guaman melalui fraud atau salah nyataan untuk membayar kos kepada Pusat atau kepada pihak yang lain atau kepada kedua-duanya.
Kos kepada Pusat di bawah subseksyen (1) hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh mahkamah, dibayar kepada Pusat dan hendaklah termasuk—
apa-apa fi dan caj yang wajar bagi kerja yang dilakukan;
dan
apa-apa perbelanjaan yang ditanggung oleh Pusat.
Majlis Peguam boleh membuat kaedah-kaedah 76m. (1) Majlis Peguam boleh, dengan kelulusan Peguam Negara, membuat kaedah-kaedah sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan Bahagian ini.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat oleh Majlis Peguam boleh mengadakan peruntukan bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut:
apa-apa fi, caj dan kos, termasuk apa-apa fi bagi mana-mana peguam bela dan peguam cara, berhubung dengan apa-apa prosiding yang orang yang dibantu merupakan suatu pihak;
mendapatkan kembali apa-apa wang yang kena dibayar berkenaan dengan bantuan guaman, atau bagi penguatkuasaan apa-apa perintah atau perjanjian bagi kos yang dibuat secara yang memihak kepada orang yang dibantu;
apa-apa peruntukan yang berhubungan dengan orang yang layak dan sesuai di bawah seksyen 76f; dan
Undang-Undang Malaysia 22
apa-apa perubahan hal keadaan orang yang dibantu.”.