Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian IV · Jawatankuasa Eksekutif
11. Fungsi Jawatankuasa Eksekutif
Feedback & supportJawatankuasa Eksekutif hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk menentukan hala tuju Pusat Pencegahan Jenayah
Kewangan Nasional dalam mencegah jenayah kewangan;
untuk meluluskan dan memantau mana-mana operasi bersepadu;
untuk membuat syor kepada Lembaga Penasihat mengenai perkara yang berhubungan dengan pencegahan jenayah kewangan;
Undang-Undang Malaysia 12
untuk menentukan polisi operasi yang berhubungan dengan operasi bersepadu dan sistem data berpusat dan untuk memberi perundingan mengenai garis panduan bagi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional;
untuk membangunkan hala tuju strategik dan perancangan
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional;
untuk memastikan pelaksanaan nasihat oleh
Lembaga Penasihat; dan
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan sepenuhnya atau bagi menjalankan peruntukan Akta ini.