Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian VI · Operasi Bersepadu dan Sistem Data Berpusat
14. Operasi bersepadu
Feedback & support(1)
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional boleh, tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Eksekutif, mengadakan suatu operasi bersepadu yang berhubungan dengan jenayah kewangan dan apabila siasatan itu melibatkan penguatkuasaan tidak kurang daripada dua agensi penguat kuasa.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), Pusat Pencegahan Jenayah
Kewangan Nasional hendaklah mempunyai kuasa untuk menyelaras dan bekerjasama dengan agensi penguat kuasa mengenai perkara yang berhubungan dengan operasi bersepadu.