Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 · Updated to 31 Dec 2019 · Bahagian IV · Jawatankuasa Eksekutif
10. Jawatankuasa Eksekutif
Feedback & supportSuatu jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa
Eksekutif ditubuhkan bagi maksud Akta ini.
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 11
Jawatankuasa Eksekutif hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
Ketua Pengarah sebagai Pengerusi;
Timbalan Ketua Pengarah sebagai Timbalan Pengerusi;
Pendakwa Raya atau wakilnya; dan
mana-mana pengarah siasatan atau pengarah siasatan pengubahan wang haram daripada agensi penguat kuasa, atau pegawai lain yang sama kedudukan bagi mana-mana
Entiti Kerajaan yang lain sebagaimana yang dilantik oleh Ketua Pengarah.
Pelantikan yang dibuat di bawah perenggan (2)(d) oleh
Ketua Pengarah hendaklah atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.
Jawatankuasa Eksekutif hendaklah menentukan tatacara mesyuaratnya sendiri.
Jawatankuasa Eksekutif boleh menjemput mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya untuk menasihati
Jawatankuasa Eksekutif mengenai apa-apa perkara.