Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian I · Permulaan

3. Pemakaian

Feedback & support
(1)

Akta ini hendaklah terpakai bagi reka bentuk susun atur, sama ada dicipta sebelum atau selepas Akta ini mula berkuat kuasa, tetapi sesuatu tindakan di bawah Akta ini tidak boleh diambil berkenaan dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan sebelum permulaan kuat kuasa itu berhubung dengan reka bentuk susun atur itu, salinan reka bentuk susun atur itu atau litar bersepadu yang dalamnya digabungkan reka bentuk susun atur itu.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh disifatkan menjejaskan apa-apa tindakan yang diambil di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain berhubung dengan perlindungan hak harta intelektual yang belum selesai apabila Akta ini mula berkuat kuasa dan tindakan itu hendaklah diteruskan di bawah undang-undang bertulis yang terpakai sehingga tindakan itu dibereskan dengan muktamad.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai menghidupkan semula apa-apa perlindungan bagi sesuatu reka bentuk susun atur yang telah habis tempoh sebelum Akta ini mula berkuat kuasa.

(4)

Akta ini tidak terpakai berhubung dengan apa-apa gagasan, tatacara, proses, sistem, kaedah pengendalian, konsep, prinsip atau penemuan, tidak kira bentuk gagasan, tatacara, proses, sistem, kaedah pengendalian, konsep, prinsip atau penemuan itu diperihalkan, dijelaskan, digambarkan atau dikandungkan dalam sesuatu reka bentuk susun atur.

Report

Bahagian II

Perlindungan Reka Bentuk Susun Atur

Bahagian III

Hak Berhubung Dengan Reka Bentuk Susun Atur dan Pelanggaran

Bahagian IV

Urusan Mengenai Hak Reka Bentuk Susun Atur

Bahagian V

Penggunaan bagi Maksud Bukan Perdagangan Awam dan Pelesenan Wajib

Bahagian VI

Pelbagai