Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian V · Penggunaan bagi Maksud Bukan Perdagangan Awam dan Pelesenan Wajib
23. Tafsiran Bahagian V
Feedback & support(1)
Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, “maksud bukan perdagangan awam”, ertinya perbuatan yang dilakukan—
(a)
bagi pertahanan atau keselamatan dalam negeri Malaysia;
atau
(b)
demi kepentingan awam.
(2)
Jika suatu lesen eksklusif sedang berkuat kuasa berhubung dengan mana-mana hak mengenai sesuatu reka bentuk susun atur terlindung, peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai seolah-olah sebutan tentang pemegang hak bagi hak mengenai reka bentuk susun atur terlindung itu ialah sebutan tentang pemegang lesen eksklusif.