Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian II · Perlindungan Reka Bentuk Susun Atur

5. Reka bentuk susun atur terlindung

Feedback & support
(1)

Sesuatu reka bentuk susun atur adalah layak bagi perlindungan di bawah Akta ini jika reka bentuk susun atur itu adalah reka bentuk susun atur asli dan pemegang hak reka bentuk susun atur itu adalah, pada masa reka bentuk susun atur itu dicipta, seseorang orang yang layak.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), suatu reka bentuk susun atur adalah asli jika—

(a)

reka bentuk susun atur itu ialah hasil usaha intelektual penciptanya sendiri dan bukan perkara biasa antara pencipta reka bentuk susun atur dan pengilang litar bersepadu pada masa penciptaannya; atau

(b)

berhubung dengan sesuatu reka bentuk susun atur yang terdiri daripada gabungan unsur dan saling hubungan yang merupakan perkara biasa, gabungan itu, diambil secara keseluruhan, adalah hasil usaha intelektual penciptanya sendiri dan bukan perkara biasa antara pencipta reka bentuk susun atur dan pengilang litar bersepadu pada masa penciptaannya.

(3)

Akta ini melindungi segala reka bentuk susun atur yang dicipta secara berasingan yang disebut dalam subseksyen (1)

walaupun reka bentuk susun atur itu adalah serupa dan, tertakluk kepada seksyen 8, tidak kira bila reka bentuk susun atur itu dicipta.

(4)

Sesuatu reka bentuk susun atur hendaklah disifatkan tidak dicipta sehingga reka bentuk susun atur itu telah ditetapkan dalam bentuk material atau digabungkan dalam suatu litar bersepadu, mengikut mana-mana yang terdahulu.

10

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian III

Hak Berhubung Dengan Reka Bentuk Susun Atur dan Pelanggaran

Bahagian IV

Urusan Mengenai Hak Reka Bentuk Susun Atur

Bahagian V

Penggunaan bagi Maksud Bukan Perdagangan Awam dan Pelesenan Wajib

Bahagian VI

Pelbagai