Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Perlindungan Reka Bentuk Susun Atur
6. Orang yang layak mendapat perlindungan
Feedback & supportPerlindungan yang diberikan kepada reka bentuk susun atur di bawah Akta ini hendaklah tersedia bagi orang yang berikut:
seseorang orang sebenar yang—
merupakan rakyat, atau berdomisil atau lazimnya bermastautin di, Malaysia atau di suatu negara yang layak; atau
mempunyai organisasi perindustrian atau perdagangan yang benar dan berkesan untuk mencipta reka bentuk susun atur atau untuk mengeluarkan litar bersepadu di Malaysia atau di suatu negara yang layak;
sesuatu entiti undang-undang yang—
diperbadankan atau dibentuk di Malaysia atau di suatu negara yang layak; atau
mempunyai organisasi perindustrian atau perdagangan yang benar dan berkesan untuk mencipta reka bentuk susun atur atau untuk mengeluarkan litar bersepadu di Malaysia atau di suatu negara yang layak;
Kerajaan; dan
kerajaan sesuatu negara yang layak