Skip to content
In forceUpdated to 4 Jul 2023Read it in English

Act of Parliament

Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971

Feedback & supportHeavier penalties for using firearms in certain offences

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Senjata Api (Penalti

Lebih Berat) 1971.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.

(3)

Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab atas ketenteraman awam melalui pemberitahuan dalam Warta yang tidak lebih awal dari tarikh pemberitahuan itu disiarkan.

(4)

Akta ini hendaklah terus berkuat kuasa sehingga ia dibatalkan dengan ketetapan yang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen:

6

Undang-Undang Malaysia

Dengan syarat bahawa pembatalan itu tidak menyentuh apa-apa jua yang telah dilakukan dahulunya menurut Akta ini.

(1)

Dalam Akta ini—

“berdagang senjata api” ertinya—

(a)

menjual atau memindahmilikkan, atau menyimpan atau mendedahkan untuk dijual atau dipindah milik, sesuatu senjata api bersalahan dengan subseksyen 9(1)

Akta Senjata 1960 [Akta 206];

(b)

membaiki atau menerima untuk dibaiki sesuatu senjata api bersalahan dengan subseksyen 9(2) Akta itu;

(c)

memindahmilikkan, menjual atau menawarkan untuk dijual sesuatu senjata api kepada seseorang yang lain daripada seseorang yang dinyatakan dalam subseksyen 11(1) Akta itu; atau

(d)

mengimport sesuatu senjata api bersalahan dengan subseksyen 15(1) Akta itu;

(e)

(Dipotong oleh Akta A266).

“kesalahan berjadual” ertinya apa-apa kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual;

“mahkamah rendah” mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964

[Akta 91];

“melepaskan tembakan” ertinya menyebabkan dilepaskan sesuatu letusan, peluru atau bedilan lain daripada sesuatu senjata api dengan alat cas letupan, dan termasuklah menyebabkan sesuatu bom atau grenad diletupkan;

Senjata Api (Penalti Lebih Berat)

7

“memiliki senjata api dengan menyalahi undang-undang” ertinya memiliki, menjaga atau mengawal sesuatu senjata api, atau membawanya, bersalahan dengan Akta Senjata 1960;

“senjata api” ertinya apa-apa jenis senjata maut berlaras yang daripadanya sesuatu letusan, peluru atau bedilan lain boleh dilepaskan dengan alat cas letupan dan termasuklah sesuatu bom atau grenad yang mengandungi cas letupan.

(2)

Perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang terdapat dalam Kanun Keseksaan [Akta 574] masing-masingnya mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam Kanun itu.

s 3Penalti kerana melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata api pada melakukan sesuatu kesalahan berjadual

Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan berjadual melepaskan tembakan daripada sesuatu senjata api dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada seseorang hendaklah dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada dua belas kali walaupun tiada apa-apa kecederaan berlaku oleh sebabnya.

s 3APenalti bagi rakan sejenayah dalam hal melepaskan tembakan senjata api

Jika, dengan niat hendak menyebabkan kematian atau kecederaan kepada seseorang, seseorang melepaskan tembakan senjata api pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan berjadual, setiap seorang daripada rakan sejenayahnya mengenai kesalahan itu yang berada di tempat kesalahan itu dilakukan atau cuba dilakukan atau disubahati dilakukan, yang mungkin dengan munasabah dianggap telah mengetahui bahawa orang itu telah membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah jagaan atau kawalannya senjata api itu hendaklah, walaupun tiada apa-apa kecederaan yang disebabkan oleh

8

Undang-Undang Malaysia lepasan tembakan itu, dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada dua belas kali melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk mencegah lepasan tembakan itu.

s 4Penalti kerana menunjukkan senjata api pada melakukan sesuatu kesalahan berjadual

Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan sesuatu kesalahan berjadual atau sesuatu rompakan menunjukkan suatu senjata api dengan cara yang mungkin mendatangkan ketakutan mati atau cedera kepada seseorang hendaklah dipenjarakan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali.

s 5Penalti kerana ada senjata api dalam melakukan suatu kesalahan berjadual

Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan berjadual ada pada dirinya suatu senjata api hendaklah dipenjarakan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali.

s 6Penalti kerana menunjukkan senjata api tiruan dalam melakukan suatu kesalahan berjadual

Seseorang yang pada masa melakukan atau cuba melakukan atau bersubahat melakukan suatu kesalahan berjadual menunjukkan suatu senjata api tiruan dengan cara yang mungkin mendatangkan ketakutan mati atau cedera kepada seseorang hendaklah dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun dan juga disebat tidak kurang daripada tiga kali.

Senjata Api (Penalti Lebih Berat)

(1)

Seseorang yang berdagang senjata api hendaklah dihukum dengan pemenjaraan bagi tempoh tidak kurang daripada tiga puluh tahun tetapi tidak melebihi empat puluh tahun dan disebat tidak kurang daripada enam kali.

(2)

Seseorang yang dibuktikan memiliki lebih daripada dua senjata api dengan menyalahi undang-undang hendaklah dianggap berdagang senjata api.

s 8Penalti kerana memiliki senjata api dengan menyalahi undang-undang

Seseorang yang memiliki sesuatu senjata api dengan menyalahi undang-undang hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama suatu tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali.

s 9Penalti kerana berkawan dengan orang yang membawa senjata api

Seseorang yang berkawan, atau didapati ada bersama dengan seorang lain yang memiliki suatu senjata api dengan menyalahi undang-undang dalam hal keadaan yang menimbulkan anggapan yang munasabah bahawa dia telah mengetahui bahawa orang lain itu telah memiliki senjata api itu dengan menyalahi undang-undang hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama suatu tempoh yang boleh sampai empat belas tahun dan juga disebat tidak kurang daripada enam kali, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa orang lain itu telah tidak memiliki senjata api itu dengan menyalahi undang-undang.

(1)

Walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan,

Mahkamah Sesyen mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kesalahan di bawah Akta ini, kecuali kesalahan di bawah

10

Undang-Undang Malaysia seksyen 3 atau 3A, dan untuk mengenakan bagi apa-apa kesalahan yang dibicarakan itu hukuman atau penalti penuh yang diperuntukkan bagi kesalahan tersebut oleh Akta ini, kecuali hukuman mati.

(2)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan sesuatu kes mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, jika Pendakwa Raya menghendaki mana-mana kes seperti itu dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi.

(1)

Jika sesuatu kes mengenai suatu kesalahan di bawah Akta ini dikehendaki oleh Pendakwa Raya supaya dibicarakan oleh Mahkamah

Tinggi, orang yang dituduh itu hendaklah dikemukakan di hadapan mahkamah rendah yang sewajarnya yang hendaklah, setelah pertuduhan itu diterangkan kepada orang yang dituduh itu, memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi tanpa mengadakan siasatan permulaan di bawah *Bab XVII Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593], dan menyebabkan orang yang dituduh itu hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah itu dengan seberapa segera yang praktik.

**(2) Apabila orang yang dituduh itu hadir atau dibawa ke hadapan

Mahkamah Tinggi mengikut subseksyen (1), Mahkamah Tinggi hendaklah menetapkan tarikh bagi perbicaraannya yang hendaklah diadakan mengikut tatacara di bawah Bab XX Kanun Tatacara Jenayah.

(3)

Perbicaraan sesuatu kes yang dipindahkan ke Mahkamah

Tinggi di bawah subseksyen (1) hendaklah oleh seorang Hakim

Mahkamah Tinggi yang bersidang seorang sahaja, dan *Bab XXI dan

XXII Kanun Tatacara Jenayah tidaklah terpakai bagi perbicaraan itu.

(4)

Subseksyen (1), (2) dan (3) hendaklah berkuat kuasa walau apa pun undang-undang bertulis lain yang berlawanan.

*CATATAN—Bab XVII, XXI and XXII Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] telah dimansuhkan—lihat seksyen 5 dan 11 Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 1995 [Akta A908].

**CATATAN—Lihat seksyen 6 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) (Pindaan) 1978 [Akta A427] bagi peruntukan-peruntukan peralihan.

Senjata Api (Penalti Lebih Berat)

(1)

Jaminan tidak boleh dibenarkan bagi seseorang yang dituduh yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Subseksyen (1) hendaklah terpakai walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis lain atau apa-apa hukum undang-undang yang berlawanan.

*CATATAN—Lihat seksyen 46 Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023

[Akta 846] m.b.p. 4 Julai 2023 yang memperuntukkan seperti berikut:

s 46“Peralihan

Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, jika seseorang disabitkan oleh mana-mana mahkamah kerana melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 3, 3A atau 7 Akta ibu, orang itu, sama ada dalam suatu perbicaraan atau rayuan, hendaklah dihukum mengikut peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh

Akta ini walaupun kesalahan itu dilakukan sebelum tarikh permulaan kuat kuasa

Akta ini.”

12

Undang-Undang Malaysia

Schedules