Skip to content
In forceUpdated to 30 Apr 2012Read it in English
Contents

Bahagian IV · Penubuhan Majlis Standard dan Akreditasi

13. Penubuhan Majlis Standard dan Akreditasi dan fungsinya

(1)

Suatu Majlis yang akan dikenali sebagai Majlis Standard dan

Akreditasi Malaysia hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada anggota yang berikut yang dilantik oleh Menteri:

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

seorang Timbalan Pengerusi;

(c)

seorang wakil syarikat pengganti;

(d)

lima orang wakil Kerajaan; dan

(e)

tidak lebih daripada dua belas orang anggota lain yang, pada pendapat Menteri, mempunyai pengalaman yang luas atau pengetahuan khas dalam perkara yang berhubungan dengan penstandardan dan akreditasi.

(2)

Ketua Pengarah hendaklah menjadi seorang anggota ex officio

Majlis.

(3)

Tertakluk kepada arahan dan kawalan Menteri, kewajipan

Majlis —

(a)

untuk menasihati Menteri berkenaan dengan dasar, program, skim, projek dan aktiviti penstandardan dan akreditasi;

(b)

untuk menasihati Menteri berkenaan dengan program, skim, projek dan aktiviti untuk menggalakkan kecekapan dan pembangunan perindustrian, dan bagi pelindungan pengguna, melalui aktiviti penstandardan dan akreditasi;

(c)

untuk menasihati Menteri berkenaan dengan standard bagi komoditi, proses, amalan dan perkhidmatan;

(d)

untuk menasihati Menteri mengenai keutamaan berkenaan dengan penstandardan untuk memastikan keberkesanan yang maksimum;

(e)

untuk menasihati Menteri mengenai pelaksanaan berkesan

Standard Malaysia bagi komoditi, proses, amalan dan perkhidmatan;

Standard Malaysia 21

(f)

untuk meluluskan kriteria yang berhubungan dengan penyediaan, pelulusan, penerimaan dan penetapan standard di Malaysia;

(g)

untuk meluluskan kriteria yang berhubungan dengan akreditasi badan penilaian pematuhan;

(h)

(Dipotong oleh Akta A1425);

(i)

untuk menasihati Menteri mengenai penganjuran dan pelaksanaan program akreditasi;

(j)

(Dipotong oleh Akta A1425);

(k)

untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang ditentukan atau diwakilkan oleh Menteri.

(4)

Seseorang anggota Majlis hendaklah, melainkan jika dia meletakkan atau mengosongkan jawatannya terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dan layak dilantik semula bagi apa-apa tempoh berturut-turut yang tidak melebihi tiga tahun.

(4A)

Menteri boleh melantik, atas penamaan seseorang anggota, tidak lebih daripada seorang untuk menjadi anggota silih ganti bagi anggota itu untuk menghadiri mesyuarat Majlis bagi menggantikan anggota itu apabila anggota itu tidak dapat hadir oleh kerana apa-apa sebab.

(4B)

Apabila menghadiri mesyuarat Majlis bagi menggantikan seseorang anggota, seseorang anggota silih ganti hendaklah disifatkan sebagai anggota Majlis.

(5)

Sekiranya Pengerusi tiada atau tidak dapat bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain atau jika jawatan Pengerusi itu kosong,

Timbalan Pengerusi hendaklah menjalankan kewajipan dan fungsi

Pengerusi.

(6)

Dalam keadaan pembahagian undi yang sama banyak atas apa-apa perkara di hadapan Majlis, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

Report

Bahagian V

Standard dan Akreditasi

Bahagian VI

Bahagian VII

Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan