Standards of Malaysia Act 1996 · Updated to 30 Apr 2012 · Bahagian III · Ketua Pengarah Jabatan Standard
Standards of Malaysia Act 1996 · Updated to 30 Apr 2012 · Bahagian III · Ketua Pengarah Jabatan Standard
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Menteri hendaklah, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik seorang pegawai awam untuk menjadi Ketua Pengarah Jabatan Standard bagi maksud menjalankan kewajipan dan fungsi yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini.
Ketua Pengarah hendaklah memegang jawatan bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh
Menteri selepas berunding dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai meterai rasmi yang hendaklah disiarkan dalam Warta bagi pengesahan dokumen yang dikehendaki bagi maksud kewajipan dan fungsinya di bawah Akta ini.
Bahagian IV
Bahagian V
Bahagian VII