Skip to content
In forceUpdated to 30 Apr 2012Read it in English
Contents

Bahagian II · Peletakhakan Harta, Dsb., Pada Syarikat Pengganti

4. Pegangan permulaan Kerajaan dalam syarikat pengganti

(1)

Berbangkit daripada peletakhakan pada syarikat pengganti akan harta, hak dan liabiliti di bawah subseksyen 3(1), syarikat pengganti itu hendaklah menerbitkan apa-apa sekuriti syarikat sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan, dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan Menteri.

(2)

Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diumpukkan pada bila-bila masa dan atas apa-apa terma, tentang pengumpukan, sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan selepas berunding dengan Menteri.

(3)

Sekuriti di bawah seksyen ini —

(a)

hendaklah daripada apa-apa nilai nominal sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Kewangan; dan

(b)

hendaklah diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikira bagi maksud Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia telah dibayar disebabkan pembayaran nilai nominalnya kepada syarikat pengganti.

(4)

Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh

Menteri Kewangan menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 549

Report

Bahagian III

Ketua Pengarah Jabatan Standard

Bahagian IV

Penubuhan Majlis Standard dan Akreditasi

Bahagian V

Standard dan Akreditasi

Bahagian VI

Bahagian VII

Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan