Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 · As enacted
21. Kecualian dan peralihan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apa-apa kelulusan atau kebenaran yang diberikan di bawah
Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus sah sehingga habis tempoh kelulusan atau kebenaran itu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
Semua permohonan bagi kelulusan atau kebenaran Ketua
Pengarah yang belum selesai sebelum tarikh permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan oleh Ketua Pengarah di bawah peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.
Apa-apa perintah, notis, saman, borang atau arahan yang dibuat, dikeluarkan atau diberikan di bawah Akta ibu hendaklah, setakat yang ia selaras dengan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, terus sah dan disifatkan telah dibuat, dikeluarkan atau diberikan di bawah peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.
Apa-apa siasatan, perbicaraan atau prosiding yang dibuat, diambil atau dimulakan di bawah Akta ibu sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diteruskan dan diselesaikan di bawah dan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.