Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 · As enacted
7. Pindaan seksyen 3
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 3 Akta ibu dipinda—
dalam takrif “bangunan”—
dengan memasukkan selepas perkataan “ertinya”
perkataan “, berhubung dengan Bahagian II,”;
dan
dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”;
dalam takrif “kontrak perkhidmatan”, dalam teks bahasa
Inggeris, dengan menggantikan perkataan “a worker”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “an employee”;
Undang-Undang Malaysia 6
dalam takrif “majikan”—
dalam perenggan (a), dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “a worker” dengan perkataan “an employee”;
dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan
‘dan istilah “ambil kerja” dengan variasi gramatis dan ungkapan seasal, hendaklah ditafsirkan sewajarnya;’; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (b)
perkataan ‘dan perkataan “ambil kerja”, dengan variasi gramatis dan ungkapan seasal, hendaklah ditafsirkan sewajarnya;’;
dalam takrif “Menteri”, dengan menggantikan perkataan
“yang sedang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi buruh” dengan perkataan “yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia”;
dalam takrif “Pegawai Perubatan Kesihatan”, dengan menggantikan perkataan “, mana-mana Penolong Pengarah
Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan Negeri, Pengarah
Perkhidmatan Perubatan Negeri Sabah dan Timbalannya dan Pengarah Perkhidmatan Perubatan Negeri Sarawak dan Timbalannya” dengan perkataan “dan mana-mana
Penolong Pengarah Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan
Negeri”;
dengan memasukkan selepas takrif “Pegawai Perubatan
Kesihatan” takrif yang berikut:
‘ “pekerja” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Kerja 1955;’;
dengan memotong takrif “pekerja”;
dalam takrif “pengamal perubatan residen yang berdaftar”, dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”;
Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan
Pekerja (Pindaan)
dalam takrif “pengurus residen”, dalam teks bahasa
Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers”
dengan perkataan “employees”;
dalam takrif “tanggungan”, dalam teks bahasa Inggeris—
dengan menggantikan perkataan “a worker” dengan perkataan “an employee”; dan
dengan menggantikan perkataan “worker”
di mana-mana jua terdapat dengan perkataan
“employee”; dan
dalam takrif “tempat pekerjaan”, dalam teks bahasa
Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers”
dengan perkataan “employees”.