Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 · As enacted
14. Pindaan seksyen 25
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Subseksyen 25(2) Akta ibu dipinda—
dalam perenggan (a)—
dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “workers” dengan perkataan “employees”;
dan
dengan menggantikan perkataan “air dan elektrik”
dengan perkataan “air, bekalan air boleh diminum dan bekalan elektrik”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (a) perenggan yang berikut:
“(aa) bagi menetapkan kehendak minimum untuk pelbagai kelas bangunan yang digunakan bagi penginapan dan penginapan berpusat pekerja
Undang-Undang Malaysia 16
dan kehendak kebersihan minimum, bekalan air, bekalan air boleh diminum dan bekalan elektrik dan perkara lain mengenai kesihatan berkenaan dengan bangunan itu;
bagi menetapkan mana-mana kelas, kategori atau pemerihalan pekerja yang dikehendaki untuk disediakan dengan penginapan di bawah
Bahagian IIIa;
bagi menetapkan kadar sewa atau caj maksimum bagi penginapan yang boleh dipungut di bawah
Bahagian IIIa;”.