Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2024

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2024
Sections
12
Languages
MS · EN

Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2024 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1714 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.

Front matterCover and publication detailsOpen

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1714

AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA

MALAYSIA (PINDAAN) 2024

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1714

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

18 Jun 2024

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

27 Jun 2024

Hakcipta Pencetak H

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan)

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Pindaan seksyen 4

Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 4—

(i)

dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:

“(d) untuk melawat mana-mana tempat tahanan, institusi dan tempat lain mengikut tatacara sebagaimana yang ditetapkan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1714

AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA

MALAYSIA (PINDAAN) 2024

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1714

oleh undang-undang bertulis atau yang dinyatakan dalam garis panduan yang berhubungan dengan tempat tahanan, institusi dan tempat itu dan untuk membuat syor yang perlu;”;

(ii)

dalam perenggan (e), dengan memotong perkataan

“dan” di hujung perenggan itu; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (e)

perenggan yang berikut:

“(ea) berkenaan dengan kanak-kanak–

(i)

untuk menerima apa-apa komunikasi daripada kanak-kanak sama ada secara langsung atau melalui mana-mana orang atau pihak berkuasa yang berhubungan dengan aduan dan keperluan kanak-kanak itu dan untuk bertindak atas aduan dan keperluan itu; dan

(ii)

untuk mengadakan dan menerima pakai mekanisme dan tatacara dalam menggalakkan penyertaan kanak-kanak dalam perkara yang berkenaan dengan mereka;

dan”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Lawatan oleh Suruhanjaya ke mana-mana tempat tahanan, institusi dan tempat lain di bawah perenggan 2(d) tidak boleh dihalang oleh orang yang bertanggungjawab bagi tempat tahanan, institusi atau tempat itu jika tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang bertulis atau yang dinyatakan dalam garis panduan yang berhubungan dengan tempat tahanan, institusi atau tempat itu telah dipatuhi.”.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan)

5

Pindaan seksyen 5

Seksyen 3

Seksyen 5 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan

“terdiri daripada” perkataan “tidak kurang daripada tujuh dan”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Anggota Suruhanjaya hendaklah dilantik dalam kalangan warganegara Malaysia yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman praktikal dalam perkara hak asasi manusia, yang terdiri daripada lelaki dan wanita daripada pelbagai latar belakang agama atau ras, dan orang kurang upaya.”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Anggota Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya seorang wakil dalam kalangan orang kurang upaya dan sekurang-kurangnya tiga puluh peratus wakil dalam kalangan wanita.

(3b)

Mana-mana orang yang terlibat secara aktif dalam politik dan berdaftar dengan mana-mana parti politik tidak boleh dilantik sebagai anggota Suruhanjaya.”.

Seksyen baharu 6a

Seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6

seksyen yang berikut:

“Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak dan Pesuruhjaya

Kanak-Kanak 6a.  (1)  Yang di-Pertuan Agong hendaklah menetapkan dalam kalangan anggota Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 5, seorang Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak dan dua orang

Pesuruhjaya Kanak-Kanak untuk menguruskan perkara hak asasi manusia yang berhubungan dengan kanak-kanak.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1714

(2)

Tempoh jawatan Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak dan

Pesuruhjaya Kanak-Kanak adalah selama tempoh keanggotaan mereka dalam Suruhanjaya.

(3)

Fungsi Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak dan Pesuruhjaya

Kanak-Kanak di bawah seksyen ini hendaklah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, fungsi mereka sebagai anggota Suruhanjaya.

(4)

Dalam menjalankan fungsi mereka, Ketua Pesuruhjaya

Kanak-Kanak dan Pesuruhjaya Kanak-Kanak hendaklah tertakluk kepada arahan Pengerusi Suruhanjaya.”.

Pindaan seksyen 8

Seksyen 5

Seksyen 8 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan

“Pengerusi Suruhanjaya” perkataan “, Ketua Pesuruhjaya

Kanak-Kanak dan Pesuruhjaya Kanak-Kanak”; dan

(b)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “anggota Suruhanjaya” perkataan “, selain anggota yang disebut dalam subseksyen (1),”.

Pindaan seksyen 10

Seksyen 6

Akta ibu dipinda dengan menggantikan subperenggan 10(d)(ii)

dengan subperenggan yang berikut:

“(ii) telah melanggar tatalaku yang diadakan di bawah seksyen 10a; atau”.

Seksyen baharu 10a dan 10b

Seksyen 7

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 10

seksyen yang berikut:

“Tatalaku 10a.  (1)  Menteri boleh mengadakan suatu tatalaku yang hendaklah dipatuhi oleh anggota Suruhanjaya.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan)

(2)

Tatalaku yang diadakan di bawah subseksyen (1)

hendaklah disiarkan dalam Warta.

(3)

Jika sampai kepada pengetahuan Menteri bahawa terdapat suatu pelanggaran tatalaku yang dikatakan telah dilakukan oleh mana-mana anggota Suruhanjaya, Menteri hendaklah merujukkan perkara itu kepada Perdana Menteri bagi pelantikan suatu tribunal penyiasatan di bawah seksyen 10b.

Tribunal penyiasatan 10b.  (1)  Tribunal penyiasatan hendaklah terdiri daripada tiga anggota yang dilantik oleh Perdana Menteri.

(2)

Tribunal penyiasatan hendaklah mempunyai kuasa untuk menjalankan penyiasatan terhadap pelanggaran tatalaku yang dikatakan telah dilakukan oleh anggota Suruhanjaya dan hendaklah membuat dapatannya dan boleh membuat apa-apa syor berdasarkan dapatannya itu kepada Perdana Menteri.

(3)

Anggota tribunal penyiasatan yang dilantik di bawah subseksyen (1) boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Perdana Menteri.

(4)

Tribunal penyiasatan hendaklah menjalankan penyiasatannya mengikut tatacara sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan.

(5)

Jika suatu penyiasatan dimulakan berkenaan dengan pelanggaran tatalaku yang dikatakan telah dilakukan oleh seseorang anggota Suruhanjaya di bawah seksyen ini,

Yang di-Pertuan Agong boleh, atas syor Perdana Menteri, menggantung anggota Suruhanjaya itu daripada menjalankan fungsinya sehingga tribunal penyiasatan membuat dapatannya di bawah subseksyen (8) atau sehingga suatu keputusan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan subperenggan 10(d)(ii), mengikut mana-mana yang terkemudian.

(6)

Jika anggota Suruhanjaya digantung daripada menjalankan fungsinya di bawah subseksyen (5), anggota Suruhanjaya itu hanyalah berhak menerima tidak kurang daripada separuh daripada saraan atau elaunnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selama tempoh penggantungannya.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1714

(7)

Bagi maksud penyiasatan di bawah seksyen ini, tribunal penyiasatan boleh—

(a)

mengumpul apa-apa keterangan yang berhubungan dengan pengataan pelanggaran tatalaku itu dan memeriksa mana-mana orang yang difikirkannya perlu;

(b)

menghendaki mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat tribunal penyiasatan untuk memberikan keterangan atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda lain yang ada dalam miliknya;

atau

(c)

mengambil apa-apa tindakan yang perlu untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara yang berhubungan dengan penyiasatan itu.

(8)

Apabila selesai penyiasatan—

(a)

jika tribunal penyiasatan mendapati bahawa terdapat suatu pelanggaran tatalaku oleh anggota Suruhanjaya itu, tribunal penyiasatan hendaklah mengesyorkan kepada Perdana Menteri supaya anggota Suruhanjaya itu dipecat daripada menjadi anggota Suruhanjaya;

atau

(b)

jika tribunal penyiasatan mendapati bahawa tiada pelanggaran tatalaku oleh anggota Suruhanjaya itu, tribunal penyiasatan hendaklah menggugurkan perkara itu dan memaklumkan Perdana Menteri dengan sewajarnya.

(9)

Dalam hal penggantungan seseorang anggota Suruhanjaya di bawah subseksyen (5), jika tribunal penyiasatan mendapati bahawa tiada pelanggaran tatalaku oleh anggota Suruhanjaya itu, anggota Suruhanjaya itu hendaklah berhak menerima mana-mana bahagian saraan atau elaunnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang tidak dibayar kepadanya selama tempoh penggantungannya.”.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan)

9

Seksyen 8

Pindaan seksyen 11a

Seksyen 11a Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(2a)  Anggota jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Perdana Menteri.”.

Seksyen 9

Pindaan seksyen 13

Seksyen 13 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Jika Suruhanjaya telah merujukkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia kepada pihak berkuasa atau orang yang berkaitan di bawah subseksyen (2), pihak berkuasa atau orang yang berkaitan itu hendaklah memaklumkan Suruhanjaya mengenai apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa atau orang yang berkaitan itu berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia itu.”.

Pindaan seksyen 14

Seksyen 10

Seksyen 14 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2)

dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Walau apa pun perenggan (1)(c), jika orang yang dipanggil itu ialah seseorang yang berada dalam tahanan di suatu tempat tahanan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, atau ditempatkan di mana-mana institusi atau tempat lain, saman itu hendaklah dikeluarkan mengikut undang-undang bertulis atau garis panduan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang terpakai bagi tempat tahanan, institusi atau tempat itu.”.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1714

Seksyen 11

Penggantian seksyen 22

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 22 dengan seksyen yang berikut:

“Peraturan-peraturan

Quoted provision

Seksyen 22

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk menetapkan tatacara bagi penjalanan siasatan di bawah Akta ini; dan

(b)

untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan penyiasatan oleh tribunal penyiasatan termasuk—

(i)

tatacara bagi penjalanan penyiasatan oleh tribunal penyiasatan; dan

(ii)

peluang bagi suatu representasi dibuat oleh anggota Suruhanjaya yang dengannya penyiasatan itu berkaitan sebelum suatu dapatan dibuat oleh tribunal penyiasatan.”.

Common questions

What is Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2024?
Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2024 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1714 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Is Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2024 still in force?
Yes — Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2024 is currently in force.
When did Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2024 take effect?
Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2024 was first recorded in 2024.
How many sections does Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2024 have?
Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2024 contains 12 sections.
Where can I read the official version of Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2024?
The official text of Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan) 2024 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.