Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

11. Penggantian seksyen 22

Feedback & support

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 22 dengan seksyen yang berikut:

s 22“Peraturan-peraturan

(1)

Menteri boleh, selepas berunding dengan Suruhanjaya, membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan atau menguatkuasakan peruntukan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk menetapkan tatacara bagi penjalanan siasatan di bawah Akta ini; dan

(b)

untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan penyiasatan oleh tribunal penyiasatan termasuk—

(i)

tatacara bagi penjalanan penyiasatan oleh tribunal penyiasatan; dan

(ii)

peluang bagi suatu representasi dibuat oleh anggota Suruhanjaya yang dengannya penyiasatan itu berkaitan sebelum suatu dapatan dibuat oleh tribunal penyiasatan.”.

Report