Malaysia legislation

Section 2

of AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (PINDAAN) 2024

Seksyen 2

Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 4—

(a)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:

“(d) untuk melawat mana-mana tempat tahanan, institusi dan tempat lain mengikut tatacara sebagaimana yang ditetapkan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1714

AKTA SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA

MALAYSIA (PINDAAN) 2024

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1714

oleh undang-undang bertulis atau yang dinyatakan dalam garis panduan yang berhubungan dengan tempat tahanan, institusi dan tempat itu dan untuk membuat syor yang perlu;”;

(ii)

dalam perenggan (e), dengan memotong perkataan

“dan” di hujung perenggan itu; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (e)

perenggan yang berikut:

“(ea) berkenaan dengan kanak-kanak–

(i)

untuk menerima apa-apa komunikasi daripada kanak-kanak sama ada secara langsung atau melalui mana-mana orang atau pihak berkuasa yang berhubungan dengan aduan dan keperluan kanak-kanak itu dan untuk bertindak atas aduan dan keperluan itu; dan

(ii)

untuk mengadakan dan menerima pakai mekanisme dan tatacara dalam menggalakkan penyertaan kanak-kanak dalam perkara yang berkenaan dengan mereka;

dan”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Lawatan oleh Suruhanjaya ke mana-mana tempat tahanan, institusi dan tempat lain di bawah perenggan 2(d) tidak boleh dihalang oleh orang yang bertanggungjawab bagi tempat tahanan, institusi atau tempat itu jika tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang bertulis atau yang dinyatakan dalam garis panduan yang berhubungan dengan tempat tahanan, institusi atau tempat itu telah dipatuhi.”.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Pindaan)

5

Pindaan seksyen 5