Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023

Amends the Malaysia Co-operative Societies Commission Act 2007

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Suruhanjaya Koperasi

Malaysia (Pindaan) 2023.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007 [Akta 665], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a)

dengan memasukkan selepas takrif “kemudahan kredit”

takrif yang berikut:

‘ “Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua

Pegawai Eksekutif Suruhanjaya yang dilantik di bawah seksyen 11a;’;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

(PINDAAN) 2023

Undang-Undang Malaysia 4

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “pengarah” takrif yang berikut:

‘ “Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 11(3)(a);’;

(c)

dalam takrif “tarikh ditetapkan”, dengan menggantikan noktah di hujung takrif itu dengan noktah bertindih; dan

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “tarikh ditetapkan”

takrif yang berikut:

‘ “Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 11a;’.

s 3Pindaan seksyen 6

Subseksyen 6(3) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “Eksekutif”.

s 4Pindaan seksyen 11

Seksyen 11 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Suruhanjaya hendaklah mempunyai suatu lembaga pengarah yang hendaklah bertanggungjawab bagi penjalanan urusan dan hal ehwal Suruhanjaya dan hendaklah menjalankan segala kuasa dan melakukan segala tindakan yang boleh dijalankan atau dilakukan oleh Suruhanjaya.”;

(b)

dengan memotong subseksyen (2);

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan)

(c)

dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3)  Lembaga hendaklah terdiri daripada pengarah yang berikut:

(a)

seorang Pengerusi yang dilantik oleh

Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat

Menteri;

(b)

Ketua Setiausaha atau seorang

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pembangunan koperasi sebagaimana yang dinamakan oleh Menteri;

(c)

Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau seorang Timbalan Ketua Setiausaha

Perbendaharaan atau mana-mana wakil

Kementerian Kewangan;

(d)

seorang Ketua Setiausaha atau seorang

Timbalan Ketua Setiausaha suatu kementerian sebagaimana yang dilantik oleh Menteri;

(e)

Gabenor, atau seorang Timbalan Gabenor atau Penolong Gabenor Bank Negara

Malaysia sebagaimana yang dinamakan oleh Gabenor;

(f)

seorang Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 11a; dan

(g)

enam orang yang dilantik oleh Menteri, sekurang-kurangnya dua daripadanya hendaklah orang yang berkedudukan dan berpengalaman dalam pergerakan koperasi.”;

Undang-Undang Malaysia 6

(d)

dengan memotong subseksyen (4), (5) dan (6);

(e)

dalam subseksyen (7)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “Pengerusi

Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Eksekutif”

dengan perkataan “Pengerusi”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “surat pelantikan mereka masing-masing” dengan perkataan

“surat pelantikannya”; dan

(f)

dengan memotong subseksyen (8).

s 5Seksyen baharu 11a, 11b, 11c dan 11d

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 11

seksyen yang berikut:

“Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai

Eksekutif 11 a.  (1)  Menteri hendaklah melantik seorang

Ketua Pegawai Eksekutif dan tidak lebih daripada tiga orang Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi membantu

Ketua Pegawai Eksekutif, atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang diperuntukkan dalam surat pelantikan mereka masing-masing.

(2)

Ketua Pegawai Eksekutif dan Timbalan Ketua

Pegawai Eksekutif hendaklah menumpukan sepenuh masa profesional mereka kepada perkhidmatan Suruhanjaya dan semasa memegang jawatan itu tidak boleh memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain sama ada dengan saraan atau tidak.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2) dan mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, Ketua Pegawai Eksekutif atau Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif boleh dilantik oleh mana-mana undang-undang bertulis atau perlembagaan atau statut atau dengan kelulusan Menteri untuk menjalankan

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan)

7

apa-apa kuasa, menunaikan apa-apa kewajipan, dan melaksanakan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan diberi apa-apa gelaran jawatan sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana undang-undang bertulis itu.

Kuasa dan tugas Ketua Pegawai Eksekutif 11b.  (1)  Suruhanjaya hendaklah meletak hak pada

Ketua Pegawai Eksekutif mana-mana kuasa dan mengenakan kepadanya apa-apa tugas sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga yang hendaklah selaras dengan Akta ini.

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif tidak boleh memutuskan mengenai perkara dasar dan hala tuju strategik Suruhanjaya tanpa kelulusan Lembaga.

(4)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah—

(a)

bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran dan pengurusan fungsi, aktiviti dan hal ehwal harian

Suruhanjaya mengikut dasar yang ditetapkan oleh

Suruhanjaya;

(b)

menjalankan pengawalseliaan dan kawalan ke atas semua pegawai dan pekerja Suruhanjaya; dan

(c)

melaksanakan apa-apa tugas lain dan menunaikan apa-apa tanggungjawab lain sebagaimana yang ditentukan atau diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

(5)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dengan semunasabahnya berhati-hati, mahir, berusaha dan menggunakan pertimbangan yang wajar dalam menjalankan kewajipannya di bawah

Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 8

(6)

Ketua Pegawai Eksekutif disifatkan telah menggunakan pertimbangan wajar yang disebut dalam subseksyen (5)

jika dia—

(a)

membuat pertimbangan itu dengan suci hati bagi maksud yang wajar;

(b)

tidak mempunyai kepentingan peribadi yang material dalam hal perkara pertimbangan itu;

(c)

telah dimaklumkan tentang hal perkara pertimbangan itu pada takat yang dipercayainya secara munasabah adalah patut mengikut hal keadaan itu; dan

(d)

semunasabahnya mempercayai bahawa pertimbangan itu adalah untuk kepentingan terbaik Kerajaan dan Suruhanjaya.

(7)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain yang boleh diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.

Penjalanan sementara fungsi Ketua Pegawai Eksekutif 11c.  (1)  Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif untuk bertindak sebagai

Ketua Pegawai Eksekutif bagi tempoh apabila—

(a)

jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong;

(b)

Ketua Pegawai Eksekutif tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia; atau

(c)

Ketua Pegawai Eksekutif, atas apa-apa sebab lain, tidak dapat melaksanakan fungsinya.

(2)

Sekiranya jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kosong selama lebih enam bulan, Menteri hendaklah melantik seorang lain untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif, dan atas pelantikan itu, Ketua Pegawai Eksekutif sebelumnya hendaklah terhenti daripada memegang jawatan itu.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan)

9

Setiausaha Lembaga 11d.  (1)  Suruhanjaya hendaklah melantik seorang setiausaha kepada Lembaga daripada kalangan pegawai Suruhanjaya bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat pelantikannya.

(2)

Setiausaha hendaklah bertanggungjawab bagi—

(a)

penjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi dan aktiviti Suruhanjaya; dan

(b)

pelaksanaan keputusan Suruhanjaya.

(3)

Setiausaha hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pegawai

Eksekutif dan Suruhanjaya dari semasa ke semasa.

(4)

Dalam menunaikan kewajipannya setiausaha hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Ketua Pegawai

Eksekutif dan Suruhanjaya.

(5)

Suruhanjaya boleh melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekerja Suruhanjaya yang perlu untuk membantu setiausaha dalam menunaikan fungsinya secara berkesan dan cekap dan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.”.

s 6Pindaan seksyen 13

Seksyen 13 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)

Pengerusi hendaklah dilantik bagi suatu tempoh tidak melebih lima tahun dan boleh dilantik semula.”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “perenggan 11(3)(c),

(d)

, (e) dan (f)” dengan perkataan “perenggan 11(3)(b),

(c)

, (d) dan (e)”.

Undang-Undang Malaysia 10

s 7Pindaan seksyen 14

Seksyen 14 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“perenggan 11(3)(g)” dengan perkataan “perenggan 11(3)(a),

(f)

dan (g)”.

s 8Pindaan seksyen 15

Seksyen 15 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)

Seseorang pegawai sesuatu koperasi, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2

Akta Koperasi 1993, tidak boleh dilantik atau kekal sebagai seorang pengarah.”; dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana pengarah tanpa memberi apa-apa sebab.”.

s 9Pindaan seksyen 19

Seksyen 19 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“Pengerusi Eksekutif, atau semasa ketiadaannya

Timbalan Pengerusi Eksekutif,” dengan perkataan

“Pengerusi, atau semasa ketiadaan Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya,”;

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“perenggan 11(3)(c), (d), (e) dan (f)” dengan perkataan

“perenggan 11(3)(b), (c), (d) dan (e)”;

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan)

(c)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“Pengerusi Eksekutif, atau semasa ketiadaannya

Timbalan Pengerusi Eksekutif,” dengan perkataan

“Pengerusi, atau semasa ketiadaan Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya,”;

(d)

dengan menggantikan subseksyen (7) dengan subseksyen yang berikut:

“(7)  Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh menghalang Pengerusi, atau semasa ketiadaan Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya, daripada membenarkan seorang pengarah untuk menggunakan teknologi komunikasi jarak jauh untuk mengambil bahagian dalam mana-mana mesyuarat Lembaga jika, sebelum mesyuarat itu, pengarah itu, melalui pemberitahuan kepada Pengerusi, atau semasa ketiadaan Pengerusi mana-mana pengarah yang dinamakan oleh Pengerusi untuk bertindak bagi pihaknya, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah memohon bagi kebenaran itu.”;

dan

(e)

dengan memasukkan selepas subseksyen (7) subseksyen yang berikut:

“(8)  Pengerusi hendaklah hanya, bagi maksud subseksyen (1), (3) dan (7), menamakan pengarah yang dilantik di bawah perenggan 11(3)(b), (c), (d)

atau (e) untuk bertindak bagi pihaknya.

(9)

Bagi maksud subseksyen (7), “teknologi komunikasi jarak jauh” ertinya suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain.”.

Undang-Undang Malaysia 12

s 10Pindaan seksyen 24

Seksyen 24 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Suruhanjaya boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Akta ini,

Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain kecuali kuasa untuk membuat perundangan subsidiari kepada—

(a)

Ketua Pegawai Eksekutif; atau

(b)

mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 10.”;

(b)

dalam perenggan 2(b), dengan menggantikan perkataan

“Pengerusi Eksekutif, Timbalan Pengerusi Eksekutif”

dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif”; dan

(c)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan

“Pengerusi Eksekutif” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif”.

s 11Pindaan seksyen 45

Seksyen 45 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“Suruhanjaya boleh” dengan perkataan “Ketua Pegawai

Eksekutif boleh”;

(b)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“Pengerusi Eksekutif” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif”; dan

(c)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan

“Pengerusi Eksekutif” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif”.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan)

s 12Pindaan seksyen 46

Perenggan 46(5)(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pengerusi Eksekutif” dengan perkataan “Ketua Pegawai

Eksekutif”.

s 13Pindaan seksyen 56

Subseksyen 56(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pengerusi Eksekutif” dengan perkataan “Ketua Pegawai

Eksekutif”.

s 14Pindaan seksyen 60

Perenggan 60(2)(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pengerusi Eksekutif, Timbalan Pengerusi Eksekutif”

dengan perkataan “Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif,

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif”.

s 15Pindaan seksyen 62a

Seksyen 62a Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pengerusi Eksekutif” dengan perkataan “Ketua Pegawai

Eksekutif”.

(1)

Tiap-tiap rujukan kepada “Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya

Koperasi Malaysia” dalam mana-mana undang-undang bertulis lain hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Ketua Pegawai

Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia”.

(2)

Orang yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus memegang jawatan itu dan hendaklah dianggap dilantik sebagai Ketua Pegawai

Eksekutif di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 14

(3)

Orang yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Eksekutif sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus memegang jawatan itu dan hendaklah dianggap dilantik sebagai

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini.

(4)

Apa-apa perintah, arahan, garis panduan, surat pekeliling, notis, keputusan, kelulusan atau penentuan yang dikeluarkan atau dibuat oleh Pengerusi Eksekutif atau Timbalan Pengerusi Eksekutif sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan dibuat atau dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif di bawah

Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini dan hendaklah kekal sah.