Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023 · As enacted
10. Pindaan seksyen 24
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seksyen 24 Akta ibu dipinda—
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Suruhanjaya boleh, secara bertulis, mewakilkan mana-mana kuasa atau fungsinya di bawah Akta ini,
Akta Koperasi 1993 atau mana-mana undang-undang bertulis lain kecuali kuasa untuk membuat perundangan subsidiari kepada—
Ketua Pegawai Eksekutif; atau
mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 10.”;
dalam perenggan 2(b), dengan menggantikan perkataan
“Pengerusi Eksekutif, Timbalan Pengerusi Eksekutif”
dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif”; dan
dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan
“Pengerusi Eksekutif” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Ketua Pegawai Eksekutif”.