Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

16. Kecualian dan peralihan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap rujukan kepada “Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya

Koperasi Malaysia” dalam mana-mana undang-undang bertulis lain hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada “Ketua Pegawai

Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia”.

(2)

Orang yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus memegang jawatan itu dan hendaklah dianggap dilantik sebagai Ketua Pegawai

Eksekutif di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini.

Undang-Undang Malaysia 14

(3)

Orang yang memegang jawatan Timbalan Pengerusi Eksekutif sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus memegang jawatan itu dan hendaklah dianggap dilantik sebagai

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini.

(4)

Apa-apa perintah, arahan, garis panduan, surat pekeliling, notis, keputusan, kelulusan atau penentuan yang dikeluarkan atau dibuat oleh Pengerusi Eksekutif atau Timbalan Pengerusi Eksekutif sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan dibuat atau dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif di bawah

Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Akta ini dan hendaklah kekal sah.

Report