Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 · Updated to 1 Jan 2019 · Bahagian IV
23. Kriteria pemilihan
Feedback & supportSeseorang calon layak bagi pemilihan jika dia memenuhi kehendak di bawah Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan.
Undang-Undang Malaysia 20
Dalam memilih calon, Suruhanjaya hendaklah mengambil kira antara lain, kriteria yang berikut:
integriti, kompetensi dan pengalaman;
objektif, tidak berat sebelah, adil dan peribadi moral yang baik;
ketegasan, kebolehan membuat penghakiman tepat pada masanya dan kemahiran yang baik dalam penulisan undang-undang;
kerajinan dan kebolehan untuk menguruskan kes dengan baik; dan
kesihatan fizikal dan mental.
Seseorang yang merupakan hakim atau pesuruhjaya kehakiman yang sedang berkhidmat tidak boleh dilantik jika dia mempunyai tiga penghakiman atau lebih yang belum selesai atau alasan penghakiman yang belum ditulis yang terlewat enam puluh hari atau lebih dari tarikh penghakiman atau alasan penghakiman itu disifatkan cukup tempoh.
Dalam memilih calon, Suruhanjaya mestilah juga mengambil kira keperluan untuk menggalakkan kepelbagaian dalam lingkungan kepakaran dan pengetahuan undang-undang dalam badan kehakiman.