Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2019Read it in English

Bahagian IV

24. Mesyuarat pemilihan

Feedback & support
(1)

Pengerusi hendaklah juga menjadi pengerusi bagi mesyuarat pemilihan kecuali jika mesyuarat pemilihan itu adalah untuk mempertimbangkan pemilihan orang bagi kekosongan jawatan di

Mahkamah Tinggi.

(2)

Pengerusi boleh mencalonkan seseorang hakim daripada kalangan anggota Suruhanjaya untuk menjadi pengerusi bagi suatu mesyuarat pemilihan untuk mempertimbangkan pemilihan orang bagi kekosongan jawatan di Mahkamah Tinggi.

Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 21

(3)

Jika Pengerusi menjadi tidak upaya, hilang kelayakan atau tiada, hakim yang paling kanan selepasnya dalam Suruhanjaya yang tidak hilang kelayakan dan ada akan menjadi pengerusi mesyuarat pemilihan itu.

(4)

Kuorum bagi tiap-tiap mesyuarat pemilihan ialah tujuh.

(5)

Apa-apa undi yang diambil pada mesyuarat pemilihan mestilah dibuat melalui undi sulit dan keputusan majoriti.

Report