Akta Suruhanjaya Persaingan 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian III · Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya
16. Fungsi Suruhanjaya
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah mempunyai apa-apa fungsi sebagaimana yang dinyatakan di bawah undang-undang persaingan dan hendaklah juga mempunyai fungsi yang berikut:
menasihati Menteri atau mana-mana pihak berkuasa awam atau pihak berkuasa pengawalseliaan yang lain tentang segala perkara yang berkenaan dengan persaingan;
memberitahu Menteri tentang kesan anti-persaingan yang sebenar atau yang mungkin daripada perundangan semasa atau perundangan yang dicadangkan dan membuat syor kepada Menteri, jika sesuai, bagi mengelakkan kesan ini;
menasihati Menteri tentang perjanjian antarabangsa yang berkaitan dengan perkara persaingan dan undang-undang persaingan;
melaksanakan dan menguatkuasakan peruntukan undang-undang persaingan;
mengeluarkan garis panduan berhubung dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang persaingan;
bertindak sebagai penyokong bagi perkara persaingan;
menjalankan, sebagaimana yang difikirkannya sesuai, kajian am berhubung dengan isu yang berkaitan dengan persaingan dalam ekonomi Malaysia atau sektor tertentu ekonomi Malaysia;
mengumpul maklumat bagi pelaksanaan fungsi Suruhanjaya;
menyiarkan, dan selainnya meningkatkan kesedaran di kalangan orang yang terlibat dalam perdagangan atau tred dan di kalangan orang awam, maklumat yang berkenaan dengan undang-undang persaingan dan cara yang mengikutnya Suruhanjaya akan menjalankan fungsinya di bawah undang-undang persaingan;
Undang-Undang Malaysia 18
memberitahu dan mendidik orang awam tentang cara bagaimana persaingan dapat memberi manfaat kepada pengguna di, dan ekonomi, Malaysia;
mempertimbangkan dan membuat syor kepada Menteri tentang pembaharuan kepada undang-undang persaingan;
dan
menjalankan apa-apa aktiviti dan melakukan apa-apa benda yang perlu atau bermanfaat dan wajar bagi pentadbiran
Suruhanjaya.